web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Lagi Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Pekerjaan Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:00AM

Mereka yang selamat ditempatkan di sebuah lokasi oleh pihak Kedutaan Malaysia sebelum dibawa pulang. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) menyelamatkan dan akan membawa pulang tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan di Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, perkara itu direalisasikan selepas wakilnya, Azirul Shafiq ke Kemboja bagi mendapat maklumat terperinci terhadap mangsa terkandas di negara berkenaan, seterusnya memberikan bantuan awal kepada mereka yang diselamatkan kerajaan Malaysia.

“Mereka (mangsa) terpaksa menunggu masa untuk balik ke Malaysia kerana tidak mampu atau kekurangan wang bagi menampung kos pembelian tiket, pembayaran denda, kos makan dan minum serta pelbagai kos berkaitan kerana mereka ditipu sindiket kerja terbabit. 

“Pada 20 Oktober, wakil MHO itu menyelamatkan tujuh rakyat Malaysia yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita di sebuah lokasi berhampiran sempadan negara Vietnam, iaitu lebih kurang dua jam dari Phnom Penh,” katanya kepada Getaran hari ini.

Hishamuddin berkata, mangsa yang diselamatkan pihaknya kemudian dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia dan agensi kerajaan itu, agar tindakan lanjut dapat diambil berhubung perkara tersebut.

“Kini mereka yang selamat ditempatkan di sebuah tempat oleh pihak Kedutaan Malaysia dan sejurus itu, mereka akan diuruskan pihak kedutaan dan setelah proses selesai, mereka dihantar pulang ke tanah air. 

“Pegawai serta kakitangan daripada Kedutaan Malaysia telahpun hadir ke lokasi terbabit untuk penelitian lebih terperinci agar tindakan segera dapat dilaksanakan pihaknya,” katanya.

Jelasnya, agenda bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang dijadikan mangsa pemerdagangan manusia, akan diteruskan dengan membantu mempermudahkan urusan mereka dari segi persiapan dokumen perjalanan pulang serta perkara berkaitan agar mereka segera dibawa pulang ke tanah air.

“MHO berterima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Kemboja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gabungan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan padu pada usaha ini.

“Oleh yang demikian, pihak kami berharap serta menyeru supaya semua pihak bersama meneruskan usaha dan bekerjasama kerana masih ramai mangsa terkandas di luar sana,” katanya.

Sebelum ini, seramai 24 rakyat Malaysia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Phnom Penh, Kemboja diselamatkan dan kembali ke tanah air selepas dibawa pulang kerajaan pada 9 September lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, 29 lagi rakyat Malaysia masih berada di depoh imigresen di Kemboja kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah ketika memasuki negara berkenaan dan mereka selamat. - Getaran, 22 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan APG Kemboja 2023 Buka Tirai Dengan Percikan Bunga Api

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kontinjen Negara Lesu Pada Hari Ke-8 Sukan SEA 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad