web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontinjen Negara Lesu Pada Hari Ke-8 Sukan SEA 2023

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 7:13AM

Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung hari ini menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung hari ini menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.

Malaysia, sebaliknya sekadar meraih satu pingat perak dan 12 gangsa.

Pingat perak kem negara adalah menerusi sukan perlumbaan bot tradisional dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka lelaki.

Skuad perlumbaan bot tradisional negara turut menyumbangkan gangsa menerusi acara 250m 3 Kru (U24) wanita, pelumba berbasikal Nur Aisyah Mohamad Zubir (acara lepas beramai-ramai elit wanita), golf berpasukan wanita, dua atlet lawan pedang Cheng Xing Han dan Hans Yoong Wei Shen (foil individu lelaki). 

Selain itu dua atlet taekwondo Sebastian Tan Chun Wan dan Muhammad Luqman Haqim Mohd Suhaimi (kategori kyorugi bawah 54kg dan 87kg lelaki), dua peninju Indran Rama Krishan dan Muhammad  Abdul Qayyum Arifin (86kg dan 51kg), pasukan kriket wanita, beregu sepak takraw wanita dan beregu tenis lelaki (Koay Hao Sheng dan Mitsuki Wei Kang Leong).

Pencapaian itu sekali gus menyaksikan kem negara kekal berada di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 28 emas, 37 perak dan 71 gangsa.

Berbaki empat hari lagi sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai pada Rabu ini (17 Mei), tugas berat menanti baki atlet Malaysia yang bertanding bagi meraih pingat emas dalam usaha kontinjen negara mencapai sasaran 40 emas pada edisi kali ini.

Biarpun sudah melepasi angka separuh pingat emas yang ditetapkan, beberapa acara lubuk emas kontinjen negara seperti olahraga, karate, silat dan terjun sudahpun berakhir.

Secara realistik, peluang bagi mencapai sasaran 40 pingat emas itu agak sukar berikutan acara yang dipertandingkan semakin berkurangan dengan prospek kutipan pingat kini terarah kepada hoki, badminton, sepak takraw dan angkat berat. 

Selepas berakhir hari kelapan temasya, kedudukan tiga teratas dalam carta pungutan pingat kekal dengan Vietnam mendahului dengan 85 emas, 77 perak dan 86 gangsa, diikuti Thailand 78-52-75 manakala tuan rumah, Kemboja di tempat ketiga dengan 59-53-79. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

2

Pendidikan 10 bulan yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Mohd Qabil Pahat Sejarah, Hadiahkan Emas Sulung Malaysia Dalam Ekuestrian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula