web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mohd Qabil Pahat Sejarah, Hadiahkan Emas Sulung Malaysia Dalam Ekuestrian

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 6:00PM

Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil meraih emas pertama negara dalam sukan ekuestrian menerusi acara dressage individu. gambar Majlis Sukan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah membanggakan apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan ekuestrian selepas mengungguli acara dressage individu di Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini.

Pada saingan di Pusat Ekuestrian Tonglu, Mohd Qabil yang kembali bersama dengan kudanya Rosenstolz cemerlang mengumpul keseluruhan 75.780 mata untuk meraih emas pertamanya di pentas Sukan Asia.

Mohd Qabil menewaskan juara bertahan Jacqueline Siu dari Hong Kong yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas meraih 73.450 mata, manakala Anush Agarwalla dari India membawa pulang pingat gangsa selepas mengumpul 73.030 mata.

Sebagai rekod, Mohd Qabil meraih perak pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia selepas mengumpul dua gangsa masing-masing pada edisi 2010 di Guangzhou, China dan edisi 2006 di Doha, Qatar dalam acara sama.

Emas dimenangi Mohd Qabil adalah emas kedua kontinjen negara selepas atlet pelayaran wanita Nur Shazrin Mohamad Latif mencuri tumpuan dalam acara ILCA 6, semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 10 bulan yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Sukan Asia: Sasaran Dicapai, Perjuangan Buru Pingat Diteruskan

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Skuasy Berpeluang Bantu Kontinjen Negara Hampiri Sasaran Dengan Bergaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 2 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 18 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis