web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Sasaran Dicapai, Perjuangan Buru Pingat Diteruskan

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:12AM

Pemain skuasy S. Sivasangari menggondol pingat emas dalam acara perseorangan wanita, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Selepas 12 hari ‘berperang’ di bumi Hangzhou, kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 27 pingat dan kini meneruskan perjuangan untuk memburu pingat bonus.

Semalam, kontinjen negara membawa senyuman kepada peminat sukan tanah air apabila merangkul dua emas, dua perak dan satu gangsa untuk mengumpul sebanyak lima emas, enam perak dan 17 gangsa secara keseluruhan atau sejumlah 28 pingat.

Kem skuasy terus cemerlang apabila menyumbangkan dua butir emas, masing-masing daripada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita, manakala Mohammad Syafiq Mohd Kamal-Aifa Azman bawa pulang perak dalam beregu campuran.

Pasukan skuasy menutup tirai saingan Sukan Asia dengan keseluruhan tiga emas, satu perak dan satu gangsa selepas merangkul emas acara berpasukan wanita dan gangsa berpasukan lelaki pada Sabtu lalu.

Sementara itu, atlet karate muda, Lovelly Anne Robberth mendapat pengiktirafan sebagai pelengkap sasaran selepas meraih pingat ke-27 negara apabila meraih perak acara kata individu wanita, selepas tewas kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Kiyou Shimizu dari Jepun.

Kem memanah akhirnya menghadiahkan sebutir pingat apabila trio Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz dan Mohamad Syafiq Md Ariffin mempertahankan gangsa acara compound berpasukan lelaki yang dimenangi oleh Mohd Juwaidi, Alang Ariff dan Lee Kin Lip pada edisi lalu.

Di Gimnasium Binjiang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan kem badminton tidak pulang tangan kosong buat kali kedua berturut-turut selepas mengatasi wakil turun rumah Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18 selepas pertarungan sengit selama 81 minit.

Kesemua wakil negara lain di badminton termasuk pemain perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia tersingkir.

Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate pada hari ini.

Pasukan hoki lelaki pula berdepan Pakistan dalam aksi penentuan tempat kelima selepas gagal mara ke separuh akhir sebagai dua pasukan teratas Kumpulan B. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Sukan 11 bulan yang lalu

ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen