web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


229 Perokok Dikompaun RM53,850

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 4:01PM

JKNP telah mengeluarkan kompaun kepada 229 perokok yang mengabaikan larangan merokok di tempat awam khususnya di restoran dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 . - Gambar ihsan JKNP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun larangan merokok di tempat awam sudah berkuatkuasa sejak tiga tahun lalu, masih ramai yang mengabaikan peraturan terbabit.

Lebih mengecewakan, ada antaranya seolah sengaja mengabaikan larangan itu, khususnya di restoran walaupun notis sudah dilekatkan pemilik premis pada meja makan.

Tindakan tersebut bagaimanapun membawa padah apabila 229 perokok dikenakan kompaun oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 selama dua hari yang berakhir semalam. 

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, operasi terbabit dikendalikan 78 anggota Unit Inspektorat JKNP yang menyaksikan 372 lokasi tumpuan awam dan tempat penjualan tembakau di sekitar Kuantan dan Bentong diperiksa.

Nilai kompoun yang berjaya diperoleh menerusi operasi itu berjumlah RM53,850.
Nilai kompoun yang berjaya diperoleh menerusi operasi itu berjumlah RM53,850.

Menurut beliau, nilai kompoun yang berjaya diperoleh menerusi operasi itu berjumlah RM53,850 melibatkan pelbagai kesalahan merokok di tempat larangan, kegagalan pemilik premis dalam memastikan perokok serta penjualan produk terbabit mengikut peraturan.

"Dalam memperjuang Dasar Generasi Penamat (GEG), kita turut menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan larangan merokok terhadap orang belum dewasa (OBD). Menerusi operasi itu, 27 OBD telah diberikan notis kompaun kerana didapati merokok, menghisap rokok elektronik/vape atau memiliki hasil tembakau. 

"Daripada jumlah itu, 18 dikesan di kompleks membeli belah, enam (tempat makan) , dua (taman awam) dan seorang di hentian pengangkutan awam. Mereka dikenakan kompaun minimum RM50 setiap seorang dan diberi nasihat agar berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, notis kompaun juga dikeluarkan kepada seorang penjual rokok kerana gagal mempamerkan tanda larangan penjualan bawah 18 tahun.

Beliau memberitahu, JKNP juga berjaya mengutip kompaun sebanyak RM1.8 juta atas kesalahan merokok menerusi operasi penguatkuasaan larangan produk tembakau sejak 10 bulan lalu. 

Menurut beliau, sebanyak 7,645 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.

"Daripada jumlah itu, 556 notis kompaun melibatkan larangan terhadap orang belum dewasa. Nilai kompaun keseluruhan yang telah dikeluarkan di bawah PPKHT 2004 adalah sebanyak RM 1,830,300.

"Jabatan ini akan meneruskan operasi penguatkuasaan PPKHT 2004 bagi membendung tabiat merokok dan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok," katanya. 

Sementara itu, Dr Nor Azimi berkata, orang ramai yang berhasrat untuk berhenti merokok boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang jomquit.com.

"Semoga langkah yang telah diambil itu dapat membantu melahirkan generasi yang lebih sihat dan bebas dari sebarang bentuk amalan merokok," katanya. - Getaran, 23 Oktober 2022. 












 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan