web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hati-Hati Gayakan Fesyen Bollywood, Jangan Sampai Tersasar - Dr  Malar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 10:06AM

Dr Malar - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dr Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali sebagai Dr Malar kembali menjadi bualan hangat, selepas tampil dengan video yang menjelaskan mengenai kecenderungan segelintir pihak menggayakan fesyen bertema Bollywood, khususnya dalam kalangan wanita.

Menurut beliau, fesyen bertemakan Bollywood yang sarat dengan aksesori berwarna-warni sememangnya menjadi kegemaran ramai untuk digayakan.

Namun katanya, pemakai perlu berhati-hati kerana ada sebahagian daripada aspek fesyen itu berunsur agama, yang boleh membawa hukum haram jika digayakan umat Islam.

“Pemakaian fesyen Bollywood ini ada dua komponen. Pertama komponen bangsa India dan kedua komponen agama Hindu.

“Kalau you all nak pakai tikka yang cantik dan bersambung (ke kepala) itu adalah budaya, tak jadi masalah. Kalau you all nak pakai sari atau lenga, itu adalah budaya, tak jadi masalah. You nak pakai rantai cantik-cantik, gelang, cincin, subang hidung, subang, itu semua adalah budaya, tak jadi masalah,” katanya menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Dr Malar berkata, umat Islam bagaimanapun perlu berhati-hati apabila mengenakan pottu pada dahi kerana ia berunsur agama.

“Tapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam gunakan pottu. Tak boleh ya guys. Pottu ni agama Hindu.

“Kalau tengok wanita yang sudah berkahwin kitorang akan pakai warna merah, wanita yang belum berkahwin akan pakai warna hitam tapi ini pun agak berubah sedikit mengikut kawasan geografi mereka di India,” katanya.

Beliau memberitahu, secara umumnya penggunaan pottu adalah bagi membezakan status wanita, walaupun warnanya boleh dimodenkan mengikut peredaran zaman.

“Kalau saya pakai baju biru, saya pakai pottu biru. Kalau saya pakai baju hijau, saya pakai pottu hijau. Ia dimodenkan sedikit walaupun masih komponen agama.

“Sama macam tudung, ada yang boleh dililit, ada yang boleh dipakai macam turban sebab ia dimodenkan,” katanya.

Turut terkandung dalam komponen agama jelas Dr Malar, ialah sindoor atau bindi yang dicalit di bahagian tengah dahi.

“Sama macam sindoor atau bindi. Ini pun agama. Ini bukan budaya, so you all jaga-jaga pakai pottu atau bindi bila tema Bollywood ni. Takut jatuh apa-apa hukum.

“Saya tak pastilah (ikut) agama Islam tu hukum syirik ke, apa ke, you all kena check dengan ustaz, ustazah, cuma sebagai seorang yang beragama Hindu yang banyak berkawan dengan orang Islam, kawan-kawan Islam, saya tahu kawan-kawan Islam sangat menjaga hukum syirik, hukum murtad, hukum haram,” katanya, panjang lebar.

Jelas beliau, pergaulannya bersama rakan-rakan beragama Islam membuatkan beliau terpanggil untuk berkongsi perkara itu.

“Be careful bila anda mengenakan tema Bollywood ini, jangan sampai tersasar. Ambil yang bangsa dan budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu,” katanya, ikhlas.

Dr Malar turut memohon maaf jika perkongsian dibuatnya mengandungi sebarang kesilapan, khususnya dari aspek agama Islam dan mengalu-alukan sebarang teguran daripada agamawan.

“Kalau ada salah silap saya minta maaf. Minta juga kalau ada mana-mana ustaz, ustazah atau PU (Pencetus Ummah) yang boleh betulkan. Ini cuma teguran ikhlas daripada saya,” katanya.

Sehingga jam 10 pagi ini, video yang dimuat naik 19 jam lalu itu sudah menerima lebih 27,000 perkongsian dan lebih 338,000 tanda suka.

Mengintai ke ruangan komen, ramai netizen termasuk golongan selebriti menyambut baik teguran Dr Malar dan berharap beliau terus berkongsi sebarang ilmu yang bermanfaat. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

3

Semasa 9 bulan yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

PM, Isteri Tiba Di Riyadh, Mohon Maaf Tak Dapat Bersama Raikan Deepavali

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah