web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Warga Myanmar Guna Bot Nelayan Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2022 1:31PM

Kru Myanmar yang ditahan oleh APMM Pahang. - Gambar ihsan APMM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di zon larangan berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang, Khamis lalu.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot kelas C yang dikendalikan enam kru warga Myanmar termasuk tekong itu ditahan bot pemintas APMM kira-kira jam 3.40 petang pada kedudukan 8.3 batu nautika timur Nenasi, di sini.

Menurut beliau, bot nelayan tersebut diperiksa dan ditahan pasukan APMM yang memantau perairan Pahang, dan didapati sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara menunda.

“Tangkapan adalah hasil aduan dan kerjasama rapat komuniti maritim setempat yang memaklumkan, ada bot nelayan tempatan menceroboh kawasan pesisir pantai dan menjalankan aktiviti perikanan tanpa kebenaran iaitu menangkap ikan kurang daripada jarak dibenarkan seperti ditetapkan di dalam buku lesen.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan enam kru termasuk tekong warga Myanmar berumur dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun, dan kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan,” katanya hari ini.

Kamal Ariffin berkata, APMM turut merampas peralatan menangkap termasuk hasil laut yang dianggarkan seberat 4,500 kilogram.

“Kesemua hasil rampasan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, bot itu akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak dibenarkan dan boleh dikenakan kompaun oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasa penguatkuasaan dan menggesa orang ramai, khususnya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

“Kita juga mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya, supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang bagi memastikan keselamatan perairan aman dan sejahtera,” katanya.

Tambah beliau, sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang, menerusi 09-5717345.

“Pada masa sama, orang ramai juga boleh memaklumkan perkara itu melalui talian bantuan kecemasan MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan