web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


136,655 Pesara, Petugas Polis Layak Terima Bantuan One-Off RM500 - Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Apr 2021 7:31AM

Hamzah menyampaikan sijil penghargaan kepada Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara pada Majlis Penyampaian One Off RM500 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 136,655 orang terdiri daripada pesara, bekas polis dan petugas polis era darurat yang merupakan penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima bayaran sekali bayar (one-off) RM500, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pemberian itu sebagai menghargai jasa pengorbanan dan kebaktian golongan berkenaan kepada negara termasuk ketika era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

“Inilah namanya frontliners (petugas barisan hadapan) ... jadi disebabkan itu sepatutnya, kita rasa bangga kerana waktu mana sekali pun asal namanya darurat, petugas barisan hadapan yang sebenar adalah anggota  polis itu sendiri.

“Sebelum ini, kita dimaklumkan hanya 40,000 penerima tetapi angkanya dinaikkan sehingga melebihi 100,000 namun hari ini, kita telah dimaklumkan lebih 136,000 yang akan menerima wang RM500 ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian One-Off RM500 PJPN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pemberian itu jelas membuktikan kerajaan sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pesara polis, bekas polis serta petugas polis dalam era darurat dengan berusaha mencari ruang dan peluang membantu mereka.

“Pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan kepada 10,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM5 juta dan dimasukkan terus ke akaun penerima secara berperingkat sehingga Disember 2022 manakala bagi perwira-perwira yang telah meninggal dunia, bayaran akan disalur kepada pasangan atau waris masing-masing,” katanya.

Pada Februari, kerajaan mengumumkan bayaran secara ‘one off’ RM500 yang disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima PJPN serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Terdahulu pada majlis itu seramai 79 penerima PJPN yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima bayaran one-off berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang