web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Representasi Yasin Kaji Pertuduhan Kes Dadah Diketahui 15 Disember

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 2:34PM

Muhammad Yasin Sulaiman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Disember untuk mengetahui keputusan representasi dikemukakan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi masih dalam pertimbangan pihak pendakwaan.

Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhammad Yasin berkata pihaknya sedia maklum bahawa representasi itu perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan pendakwaan memerlukan masa, namun tempoh masa sebulan mencukupi untuk membuat keputusan berhubung representasi itu yang difailkan pada 26 September lepas.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya  (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau tidak langsung di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.

Pertuduhan memiliki dadah adalah mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Muhammad Yasin yang memakai baju T putih berkata beliau berharap pihak pendakwaan dapat mempertimbangkan representasi itu sebaiknya.

“Representasi itu panjang sedikit dalam 47 muka surat yang mengandungi dokumen kesihatan dan keperluan rawatan saya. Oleh itu, saya sangat optimis dengan kebijaksanaan dan belas kasihan pihak pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, Ariff Azami berkata Muhammad Yasin ditempatkan di penjara (sel) berasingan kerana keadaan kesihatannya namun menafikan penyanyi itu mendapat keistimewaan.

“Semalam saya telah melawat Muhammad Yasin dan keadaannya ceria dan bersemangat cuma kurang selera makan. Layanan pihak penjara dan polis terhadapnya sangat baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global