web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Parti KJ Sendiri Pun Tak Mahukannya Sebagai PM - Ramanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 4:40PM

R Ramanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk R Ramanan memperlekeh cita-cita lawannya dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin untuk bergelar Perdana Menteri.

Ramanan berkata, pengumuman Menteri Kesihatan semalam bahawa beliau ‘mengidamkan’ jawatan orang nombor satu kerajaan adalah ‘melucukan’, memandangkan parti beliau sendiri, iaitu UMNO tidak mahu beliau berada di peringkat atasan.

“Jika beliau (Khairy) bertanding pada pemilihan partinya sendiri, beliau  tidak boleh menang (dan menjadi presiden parti). Partinya sendiri tidak mahu beliau.

“Yang menandatangani watikah (surat pelantikan) dan memilih calon adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan presiden parti.

“Jika BN menang (Pilihan Raya Umum Ke-15), Khairy tidak akan menjadi menteri pun. Saya tidak tahu sama ada beliau berada dalam dunia impiannya sendiri, memikirkan akan menjadi Perdana Menteri,” kata Ramanan pada sidang media di sini, hari ini.

Semasa ceramah di Saujana Utama malam tadi, Khairy berkata, walaupun ia adalah cita-citanya, calon Perdana Menteri selepas PRU-15 masih lagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Satu hari nanti, saya nak pimpin UMNO. Saya nak jadi Perdana Menteri anda, tapi saya mesti menang di Sungai Buloh dulu.

“Tetapi bukan sekarang...(Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) akan menjadi Perdana Menteri (jika BN menang PRU-15),” katanya.

Pemimpin berusia 46 tahun itu berkata, walaupun tidak sabar mengejar cita-cita terbabit, ia tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk merealisasikan impiannya.

Kemenangan di Sungai Buloh, katanya, adalah apa diperlukan beliau untuk menunjukkan matlamatnya memimpin parti dan negara kepada UMNO.

Walaupun Khairy menyatakan bahawa ‘kebangkitannya’ tidak akan berlaku dalam masa terdekat, Ramanan berkata, beliau percaya pemimpin itu tidak akan menunggu untuk merebut peluang secepat mungkin.

“Kalau boleh beliau buat semalam. Baru-baru ini beliau kata nak Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, sekarang beliau kata nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

 Ramanan turut memberi amaran bahawa keberadaan Khairy di puncak akan ‘memusnahkan’ negara, menunjuk kepada masa lalu penyandang Rembau itu yang penuh kontroversi.

“Kenapa pengundi Sungai Buloh nak kamu jadi Perdana Menteri? Kalau menang, sibuk dengan politik jadi Perdana Menteri dan tak jaga rakyat.

“Bagi saya, beliau gila kuasa, gila kedudukan dan gila glamor,” katanya.

Sejak hari penamaan calon pada 5 November, Ramanan membangkitkan pelbagai kontroversi membabitkan Khairy, termasuk dakwaan mantan Menteri Belia dan Sukan itu terlibat dengan firma kewangan ECM Libra Bhd pada 2005 dan 2006, isu ditimbulkan semula semasa kempen PRU-15.

Khairy menegaskan, beliau sudah memberi penjelasan berhubung semua pertuduhan berkaitan.

Ramanan juga meminta Khairy menjelaskan skandal berjumlah RM107 juta yang berlaku semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Ahli politik PKR itu turut membangkitkan kontroversi membabitkan RM70 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd, yang dilaporkan menderma antara RM50,000 dan RM200,000 kepada UMNO Bahagian Rembau.

Sebagai tindak balas, calon BN itu menegaskan, beliau sudah menjelaskan semua dakwaan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Parlimen, malah melakukannya secara terbuka berkali-kali. - The Vibes, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sukan 41 minit yang lalu

MFL Denda Selangor FC: Sultan Sharafuddin Murka

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar