web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor Siap Siaga Hadapi Banjir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 9:54PM

Johor telah bersiap siaga untuk menghadapi musim tengkujuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November nanti - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Johor telah bersiap siaga untuk menghadapi musim tengkujuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November nanti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, seramai 4,057 pegawai dan anggota polis telah ditempatkan di 13 daerah. 

Menurut beliau, sebanyak 134 aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia diatur gerak, mencakupi 29 bot, 40 lori dan 65 kenderaan pacuan empat roda. 

"Seramai 8,526 pegawai dan anggota akan dikerah bagi penugasan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti dan dalam waktu sama, penugasan ini sudah bermula mengikut fasa tertentu. 

"Seperti hari penamaan calon, kita telah guna seramai 3,000 anggota dan pegawai. Kemudian dalam kempen ini ada penambahan sehinggalah 8,526 pegawai dan akan digunakan pada hari pengundian sendiri," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sesi taklimat persediaan banjir dan PRU-15 di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Hamzah Zainudin - Gambar Fail Bernama
Hamzah Zainudin - Gambar Fail Bernama

Hamzah berkata, PDRM juga akan dibantu agensi lain di bawah KDN serta tenaga kerja daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya banjir berlaku. 

"Ini juga kita dapat bantuan dari RELA dalam tugasan pilihan raya ini. Saya ingin mengingatkan seluruh rakyat, jika sekiranya terkesan akibat banjir, jangan risau kerana polis dan beberapa agensi lain siap sedia membantu

"KDN sentiasa komited memantau dan memberi bantuan kepada mana-mana pihak memerlukan semasa banjir," katanya.

Sementara itu, Hamzah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Larut memberitahu, pihaknya menerima 130 laporan berkaitan kesalahan ketika berkempen bagi PRU-15. 

"Kalau dah ada laporan, kita akan buka kertas siasatan dan jika disabitkan kesalahan, tindakan segera akan diambil polis. 

"Percayalah, polis akan melakukannya dan mengambil tindakan ikut undang-undang sedia ada," katanya. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 3 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan