web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Lagi Dihina, Calon GTA Disambut Baik Penduduk Alor Gajah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 7:00AM

Muhammad Nazriq mahu mengubah wajah Alor Gajah menerusi perancangan khusus dan tersusun. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Calon Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Parlimen Alor Gajah, Muhammad Nazriq Abdul Rahman berhasrat menjadikan daerah tersebut sebagai destinasi pelancongan yang hebat seperti Bandar Hilir.

Pengerusi GTA Melaka itu berkata, Alor Gajah mempunyai pelbagai tarikan yang sering menjadi kunjungan pelancong, apatah lagi dengan kedudukannya di penghujung benua Asia.

Muhammad Nazriq berkata, beliau mahu mengubah wajah Alor Gajah menerusi perancangan khusus dan tersusun, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Melaka ini negeri pelancongan namun Alor Gajah ini jarang menerima kehadiran pelancong. Sasaran saya, sekurang-kurangnya 50 peratus pengunjung yang datang mesti bermalam agar mampu merancakkan perniagaan tempatan.

“Dengan cara ini, Alor Gajah boleh menjadi tumpuan pelancong dan orang tidak asyik ke Bandar Hilir sahaja,” katanya ketika ditemui.

Menurut beliau, aktiviti pelancongan sememangnya mampu menjana pendapatan, malah turut berupaya merancakkan pertumbuhan industri kecil sederhana (IKS).

“Sekarang ini, hanya orang tempatan sahaja beli, jadi sukar untuk mereka lebih maju,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Nazriq mengakui tidak gentar berdepan sosok lebih berpengalaman, termasuk penyandang kerusi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan mantan Ketua Menteri, Adly Zahari pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas cikgu itu mengakui dirinya adalah calon underdog namun bagi beliau, niat untuk berkhidmat kepada rakyat adalah yang utama walaupun mungkin tidak bergelar sebagai wakil rakyat.

“Pertembungan ini saya rasa menarik kerana akan berdepan dengan mereka yang berpengalaman dan berkuasa. Perkara ini yang saya belajar, tambahan pula saya tidak ditaja oleh mana-mana kapitalis.

“Saya juga membawa suara rakyat. Kalah atau menang, saya akan tetap duduk di Alor Gajah, tidak duduk di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau memberitahu, sejak memulakan kempen sejurus selesai proses penamaan calon, majoriti pengundi yang ditemui mengalu-alukan kehadirannya sebagai calon kerana telah lama menetap di Alor Gajah walaupun bukan berasal dari daerah itu.

“Saya mungkin tidak popular berbanding calon lain namun bila saya ada di sini, penduduk Alor Gajah menyambut saya, tidak lagi dimaki atau dihalau.

“Malah, sekarang ini mereka (penduduk Alor Gajah) boleh berbincang dan memberi pandangan.

“Banyak sudah permasalahan yang telah saya ambil dan seharusnya ia diselesaikan oleh wakil rakyat di sini, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi kerajaan negeri,” katanya.

Muhammad Nazriq yang merupakan muka baharu akan berdepan dengan saingan empat penjuru iaitu Adly mewakili Pakatan Harapan (PH), Mohd Redzuan (PN) dan Shahril Sufian Hamdan (BN).

Pada PRU-14, Redzuan yang bertanding di bawah tiket PH berjaya menumbangkan kubu kuat UMNO itu dengan memperoleh majoriti undi 6,980 majoriti undi untuk menewaskan calon BN, Wong Nai Chee dan calon PAS, Nazree Aris. - Getaran, 14 November 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anggap GTA Tak Berfungsi, Dr Mahathir Letak Jawatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula