web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pencalonan Bersama Kebaya Oleh Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand Ke UNESCO

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 8:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand bersetuju mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata semua negara itu telah berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama, memandangkan kebaya adalah warisan bersama yang diamalkan di negara-negara rantau Asia Tenggara.

“Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk mencalonkan kebaya secara bersama kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan warisan bersama, menggalakkan pemahaman silang budaya agar ia terus kekal diamalkan oleh pelbagai komuniti di seluruh Asia Tenggara. 

“Ini merupakan peluang yang baik untuk mempromosi serta meraikan warisan bersama yang wujud di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

MOTAC berkata susulan persepakatan itu, Bengkel Penyediaan Borang Pencalonan Kebaya ke UNESCO telah diadakan pada 1 hingga 3 November lepas di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menyediakan dossier pencalonan yang melibatkan wakil negara-negara berkenaan.

Kementerian itu menyebut penyerahan dokumen pencalonan oleh semua negara dijadualkan pada penghujung Mac 2023 bagi proses inskripsi pada tahun berikutnya, sekiranya pencalonan berkenaan berjaya.

Menurut kenyataan itu negara-negara yang terlibat dalam proses pencalonan ini turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama tersebut. 

Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.

Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. 

UNESCO di bawah Konvensyen 2003 bagi melindungi warisan kebudayaan tidak ketara amat menitikberatkan pencalonan secara bersama untuk menjadikan budaya sebagai platform persefahaman dan dialog bersama, sekali gus menjadikan proses penyenaraian sebagai peluang untuk kerjasama strategik di peringkat antarabangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki