web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Keputusan PRU-15 Hati Terbuka, Pemerintahan Sesebuah Kerajaan Dengan Izin Allah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 8:02PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam diingatkan supaya menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu dengan hati terbuka kerana pemerintahan sesebuah kerajaan berlaku dengan izin Allah.

Menurut khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali ‘Imran, ayat 26 mengingatkan pemerintah yang sah wajar disokong seluruh rakyat.

“Sebagai rakyat, kita mesti menumpahkan ketaatan dan kesetiaan kepada ulil amri iaitu mereka yang telah mendapat mandat untuk melaksanakan pemerintahan selagi tidak bertentangan dengan aturan syariat,” katanya.

Surah Ali ‘Imran, ayat 26 mengingatkan pemerintah yang sah wajar disokong seluruh rakyat. - Gambar fail
Surah Ali ‘Imran, ayat 26 mengingatkan pemerintah yang sah wajar disokong seluruh rakyat. - Gambar fail

Dalam pada itu, khutbah tersebut turut mengingatkan pembentukan kerajaan stabil sebagai kunci kepada kemakmuran dan pembangunan negara.

“Di sinilah kita dapat melihat sistem demokrasi berparlimen diamalkan di negara ini berfungsi dengan sebaiknya. 

“Kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjadi pemangkin kepada pembentukan kerajaan baru yang dapat meneruskan legasi pemerintahan negara,” katanya.

Malah khutbah yang sama juga mengajak umat Islam supaya sentiasa meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan negara. 

 “Allah SWT akan memberi petunjuk serta pertolongan dalam pemerintahan dengan jalan yang terbaik demi kepentingan masyarakat dan negara yang kita cintai ini. 

"Semoga Allah SWT mengurniakan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian yang berpanjangan kepada Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, khutbah itu turut mengingatkan umat Islam bahawa kepelbagaian pemikiran manusia tidak sepatutnya dibiarkan menjadi titik pergolakan berpanjangan sehingga mampu menggugat keharmonian perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, perbezaan pendapat dan pandangan adalah lumrah kehidupan, apatah lagi dalam suasana politik tanah air yang diwarnai dengan pelbagai latar belakang ideologi politik.

Justeru umat Islam harus mempamerkan akhlak mulia sebagai muslim dengan mengeratkan kembali perhubungan sesama anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, bangsa serta warna kulit.

“Sepanjang tempoh proses pilihan raya dijalankan, kadangkala wujud suasana yang boleh mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian, namun tidak boleh dibiarkan menjadi titik pergolakan yang berpanjangan.

“Justeru, hentikanlah sebarang tindakan provokasi yang boleh mengancam keharmonian masyarakat di negara ini. Rapatkan kembali ukhuwah Islamiah dan hubungan kita sesama warganegara,” katanya.

Dalam memastikan keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan, khutbah itu juga mengajak umat Islam menjaga adab dalam berbicara terutama di media sosial. 

“Tunjukkan akhlak mulia sebagai muslim sebenar lebih-lebih lagi di hadapan golongan bukan Islam. Sentiasalah berlapang dada dan bertolak ansur menjalani kehidupan. 

“Marilah kita bersatu padu dan berganding bahu dalam membasmi segala anasir yang boleh menggugat kestabilan serta kemakmuran negara,” katanya. - Getaran, 25 November 2022


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan