web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rizab Semasa Selangor Bernilai RM3.29 Bilion

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Nov 2022 9:28PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor merekodkan rizab semasa RM3.29 billion melalui Akaun Hasil dan Akaun Amanah disatukan hasil perbelanjaan berhemah setakat semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, prestasi kewangan negeri itu turut merekodkan lebihan RM261.24 juta dalam tempoh sama.

“Jika dibandingkan dengan angka kedudukan kewangan kerajaan negeri yang dilaporkan dalam penyata kewangan beraudit pada 2018 hingga 2021, jelas menunjukkan momentum pengukuhan.

“(Ia dicapai) walaupun ketika kita berdepan tempoh sukar akibat ketidaktentuan ekonomi dan wabak pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan, kutipan hasil negeri itu bagi 2021 berjumlah RM2.284 bilion iaitu menerusi hasil cukai (RM627.1 juta), hasil bukan cukai (RM1.43 juta) dan terimaan bukan hasil (RM219.89 juta).

Menurut beliau, hasil negeri itu untuk tahun ini pula mencapai kutipan RM2.3 juta, bersamaan 112.42 peratus daripada anggaran hasil sebanyak RM2.05 billion, setakat semalam.

“Daripada jumlah tersebut, hasil cukai merekodkan kutipan RM684.36 juta, hasil bukan cukai (RM1.39 juta) dan terimaan bukan hasil (RM228.52 juta).

“Ini adalah keberhasilan prestasi kewangan yang dicapai melalui strategi merangsang pembangunan serta pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia pada 2021 sebanyak 24.8 peratus hasil kestabilan dan pengukuhan tadbir urus.

Jelas Ahli Parlimen Gombak itu, Selangor juga antara yang mendahului negeri lain dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM343.5 billion berbanding RM327.1 bilion pada 2020.

“Nilai tersebut meningkat ke 5.0 peratus pada 2021 berbanding -5.2 peratus pada 2020, sekali gus melepasi paras pertumbuhan nasional yang mencatat 3.1 peratus.

“Sumbangan utama diterajui oleh sektor perkhidmatan sebanyak 59.5 peratus, pembuatan (31.4 peratus), pembinaan (5.1 peratus), pertanian (1.5 peratus) dan perlombongan (0.2 peratus),” katanya.

Ujarnya lagi, beliau yakin Rancangan Selangor Pertama dan keupayaan tadbir urus mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk mencipta peluang pekerjaan baharu dengan gaji setimpal di negeri itu. – Getaran, 25 November 2022


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 51 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 57 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula