web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang, Warga Emas Maut Ditikam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 2:37PM

Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa mengalami kecederaan serius akibat ditikam menggunakan senjata tajam yang mengenai paru-paru kanan, peha dan bahunya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 71 tahun maut akibat ditikam seorang individu yang berang apabila mendapat tahu mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.29 petang itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang yang memaklumkan seorang lelaki warga emas, mengalami kecederaan akibat ditikam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa mengalami kecederaan serius akibat ditikam menggunakan senjata tajam yang mengenai paru-paru kanan, peha dan bahunya.

Menurutnya , mangsa ditempatkan di Wad Kecemasan Zon Merah dan menggunakan alat bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.05 malam tadi.

“Susulan kejadian itu, sekitar jam 1.35 pagi tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan seorang wanita berusia 45 tahun yang merupakan pasangan suami isteri di sekitar Hospital Serdang serta Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki mengakui ada mencederakan mangsa ketika berada di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn. 

“Punca kejadian adalah suspek marah mengenai hubungan intim isterinya dengan mangsa, malah ketika kejadian wanita itu berdua bersama mangsa di dalam kenderaan di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan tangkapan terhadap pasangan suami isteri terbabit, polis merampas beberapa barangan, termasuk kenderaan milik mangsa, empat unit telefon bimbit, pakaian suspek dengan kesan darah dan resit pembelian senjata pisau bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mohd Zaid berkata, polis meminta orang awam atau individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, tampil memberikan maklumat.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai berdekatan atau melalui Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Redzuan Salleh di talian 013-7854100,” katanya. - Getaran, 26 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia