web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MyCar Tawar Kod Promo Eksklusif kepada Pengguna KTMB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 10:49PM

Shafiq Affendi (kiri) bertukar dokumen Mou dengan Mohd Zain Mat Taha (kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara KTMB dan MyCar di KL Sentral, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menikmati tawaran istimewa bagi perjalanan pergi dan balik, ke atau dari stesen-stesen terpilih KTMB jika menggunakan perkhidmatan e-hailing MyCar.

Tawaran istimewa Kod Promo Ekskusif, KTMBEST bermula hari ini boleh digunakan di semua perkhidmatan KTMB, iaitu KTM Komuter dan KTM Intercity (ETS).

Ketua Pengawai Operasi MyCar, Shafiq Affendi berkata, sebanyak 53 buah stesen terpilih boleh diakses oleh pengguna melalui aplikasi MyCar 3.0.

"Kolaborasi bersama KTMB dapat melonjakkan jenama MyCar sebagai syarikat e-hailing Bumiputera setanding perkhidmatan e-hailing yang lain dalam negara.

"Kerjasama antara kedua-dua pihak akan dapat memberi keuntungan dan peluang yang besar melalui liputan rangkaian KTMB yang luas iaitu dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur Malaysia," katanya.

Shafiq berkata, kerjasama ini membolehkan perkhidmatan MyCar secara melengkapkan pengalaman perjalanan penumpang sehingga tiba ke destinasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KTMB dan MyCar di KL Sentral di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi KTMB , Mohd Zain Mat Taha.

Mengulas lanjut Shafiq berkata, kedua-dua pihak amat terkesan dengan kerugian yang disebabkan pandemik COVID-19.

“Sebelum pandemik ini rekod pengguna KTMB adalah 30 juta setahun, dengan anggaran 65,000 pengguna setiap hari.

“Tetapi ia menurun sehingga hanya 25,000 sehari, menyebabkan pihak KTMB terpaksa menanggung kerugian sehingga 40 peratus," tambahnya.

Selaras dengan itu Shafiq berkata, kolaborasi ini diharapkan dapat  meningkatkan pemasaran jualan, sekali gus memberi kepuasan kepada penumpang sehingga sampai destinasi. 

Dalam pada itu, Shafiq berkata MoU yang ditandatangani hari ini adalah untuk mengukuhkan persefahaman kedua-dua pihak bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam memberi pengalaman baharu dan keselesaan kepada penumpang, melalui First & Mile Connectivity serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

"Ini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam kerana ia lebih berpatutan dan selesa.

"Oleh itu, MyCar berharap dapat menerokai pelbagai medium baharu untuk mengembangkan lagi inisiatif melalui kerjasama ini, di samping memberi keuntungan kepada kedua belah pihak," katanya. – Getaran 20 April 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi