web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Swasta Miliki Semua Tanah Perkuburan Awam Di Kuala Selangor Fitnah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 1:29PM

Teng Chang Kim berkata tidak ada isu tanah perkuburan swasta mengambil alih tanah perkuburan awam kerana pihak swasta menggunakan tanah mereka sendiri. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan tiada tanah perkuburan awam disediakan di Kuala Selangor, berikutan tanah perkuburan di daerah itu dimiliki pihak swasta.

Exco Industri dan Perdagangan, Datuk Teng Chang Kim berkata, kerajaan negeri berkenaan sudah menetapkan garis panduan dalam perancangan pembangunan bandar, khususnya di kawasan baharu, termasuk kawasan perkuburan sebelum diwartakan untuk didiami orang ramai.

“Saya rasa tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram itu serius sebab kalau dalam perancangan baharu memang ditetapkan dan diwartakan oleh kerajaan negeri, (jadi) tidak ada isu tanah perkuburan swasta mengambil alih tanah perkuburan awam kerana mereka (swasta) menggunakan tanah mereka sendiri.

“Namun, dalam perancangan perbandaran baharu, peruntukan untuk tanah perkuburan Islam dan bukan Islam ditetapkan melalui garis panduan, mereka tidak boleh lari daripada itu.

“Cuma mungkin di kawasan tertentu tidak cukup, namun ia melibatkan kawasan lama dan bukan dalam pembangunan baharu,” katanya.

Teng Chang Kim - Gambar Bernama
Teng Chang Kim - Gambar Bernama

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Mohd Shaid mengeluarkan persoalan itu selepas menerima aduan daripada penduduk di Kuala Selangor, mendakwa mereka berdepan kesukaran apabila tiada tanah perkuburan awam disediakan, di samping terdapat ketidakseimbangan oleh kerajaan negeri apabila pembinaan kuil lebih banyak, berbanding penyediaan tanah kubur.

Chang Kim menegaskan dakwaan itu adalah fitnah dan mengharapkan pemimpin terbabit lebih matang dalam melontarkan pandangan serta cadangan kepada kerajaan negeri.

“Saya harap Yang Berhormat Jeram mendapatkan fakta betul dan bentangkan kepada kerajaan negeri, agar kita boleh siasat, namun tuduhan bahawa keseluruhan Kuala Selangor tiada tanah (perkuburan) mencukupi itu, bukanlah perkara yang benar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (LIMAS) berkata, perizaban tanah perkuburan membabitkan pelbagai aspek akan dikaji secara teliti, seperti demografi setempat yang dianalisis, sebelum ia didokumen serta diwartakan bersama rancangan tempatan daerah (RTD).

Beliau berkata, seharusnya tidak timbul isu berkaitan ketidakadilan penyediaan tanah perkuburan antara Muslim dan bukan Islam, berikutan kerajaan Selangor sudah menyediakan garis panduan lebih terperinci dan ia sudah diluluskan di Sidang DUN pada 16 Julai lalu.

“Ini mengandungi piawaian merangkumi semua aspek utama perancangan dan juga panduan umum secara terperinci mengenai penyediaan tanah perkuburan (agama) cina, hindu, sikh dan kristian. Sebagai contoh, dalam perancangan pembangunan bandar baharu, penyediaan tanah kubur dinyata jelas bersama spesifikasi diperlukan.

“Oleh itu, berdasarkan dokumen ini, isu berkaitan kekurangan penyediaan tanah perkuburan dan ketidakseimbangannya antara kaum bukan isu utama, memandangkan ia sudah dirancang serta dikawal dengan baik, melalui dokumen RTD yang diguna pakai di semua peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. - Getaran, 29 November 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 51 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 45 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula