web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempoh Berpolitik Sudah Tamat, Fikirkan Strategi Depani Kegawatan Ekonomi Global

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 6:01PM

Pakar ekonomi berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim perlu segera membangunkan strategi terperinci agar kegawatan global itu tidak menjejaskan prestasi kerajaan dalam melakukan proses pemulihan ekonomi negara. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri dipimpinnya perlu segera membangunkan strategi terperinci untuk mendepani kelembapan ekonomi global yang dijangka berlaku tahun depan, termasuk membabitkan kos sara hidup rakyat.

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, ia perlu dilakukan agar kegawatan global itu tidak menjejaskan prestasi kerajaan dalam melakukan proses pemulihan ekonomi negara, sekali gus memberi kesan buruk terhadap kesejahteraan kehidupan. 

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan juga perlu menangani pelbagai halangan struktural yang menjejaskan kualiti kehidupan rakyat dan membelenggu negara, sekali gus menyukarkan Malaysia untuk kekal berdaya saing. 

“(Antaranya) isu kos sara hidup, kualiti pekerjaan dan pendapatan, lambakan pekerja asing, sekuriti dan bekalan makanan, tarikan pelabur, adaptasi teknologi, pengangguran siswazah dan belia, keselamatan sosial serta jurang wilayah dan (ketidaksaksamaan) gender. 

“Perkara terbabit memerlukan kesungguhan politik (political will), dedikasi dan komitmen untuk menyelesaikannya,” katanya kepada Getaran. 

Kos sara hidup yang tinggi merupakan antara perkara yang perlu menjadi fokus utama pemulihan negara. - Gambar oleh Alif Omar
Kos sara hidup yang tinggi merupakan antara perkara yang perlu menjadi fokus utama pemulihan negara. - Gambar oleh Alif Omar

Noor Azlan berkata, cabaran struktural itu terlalu lama dibincangkan dan pelbagai keputusan sudah diumumkan, namun pelaksanaannya menjadi cabaran utama kerajaan.

Katanya, pelaksanaan struktural berkesan yang boleh dilakukan kerajaan haruslah bersifat transformatif dan perlu merentasi pelbagai kementerian. 

“Tiada cabaran merupakan milik mutlak satu kementerian sahaja. Penyusunan semula jentera kerajaan yang membolehkan koordinasi pelaksanaan berkesan diperlukan. 

“Semakan menyeluruh birokrasi yang merumitkan wajar disegerakan kerajaan,” ujarnya. 

Anwar ketika mengumumkan barisan Menteri Kabinet, Jumaat lalu.
Anwar ketika mengumumkan barisan Menteri Kabinet, Jumaat lalu.

Beliau berkata, kerajaan juga digesa mengamalkan konsep mesra rakyat di samping memacu perniagaan dengan sebaiknya, agar mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. 

“Pasukan tindakan yang berdedikasi, melapor terus kepada Perdana Menteri turut diperlukan. 

“Pelaksanaan serta kemajuan harus dipantau dengan rapi, di samping terdapat keperluan untuk umumkan sasaran dan laporkan pencapaian,” jelasnya. 

Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus Yusoff

Dalam pada itu, pemerhati politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa barisan Kabinet baharu diterajui Anwar, boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi negara, khususnya terhadap kejatuhan wang ringgit dan pasaran saham. 

Tegasnya, ia adalah barisan Jemaah Menteri yang luar biasa dan diyakini mampu menjanjikan masa depan lebih baik untuk negara, berbanding kerajaan terdahulu. 

Mohammad Agus berkata, semua pihak perlu bersabar dan melihat langkah sesuai boleh dilaksanakan kerajaan dari segi penumpuan kepada ekonomi, kos sara hidup serta membawa masuk harapan baru yang diyakini mengujakan.

“Ini adalah Kabinet tidak membazir dan sudah dikecilkan saiznya serta mewakili pemimpin daripada pelbagai umur, kaum dan pemimpin rakyat Sabah serta Sarawak. Itu istimewanya. 

“Memang kita boleh kritik bahawa kluster mahkamah sudah dibawa masuk, sudah langgar manifesto Pakatan Harapan (PH), namun ini adalah Kabinet luar biasa yang boleh mencipta masa depan baik buat Malaysia,” katanya. 

Justeru, Mohammad Agus mengharapkan agar Jemaah Menteri ‘berganding bahu’ dalam memastikan kerajaan stabil dan tiada lagi adegan ‘tikam belakang’ dilakukan anggota Kabinet. 

Ujarnya, kestabilan Jemaah Menteri adalah mustahak bagi memastikan Kerajaan Perpaduan mampu memacu dan memperkasa ekonomi negara, agar lebih maju serta berdaya saing. 

“Perkara itu akan membolehkan Anwar dan Kabinetnya memacu negara demi merancang ekonomi serta kestabilan negara. Saya rasa inilah cara terbaik boleh dibuat dalam kekangan yang ada.

“Ada kelemahan serta kekurangan lain, saya fikir ramai lagi tokoh dan pemimpin yang menang pada PRU-15 dalam Kerajaan Perpaduan akan dibawa masuk sebagai timbalan menteri. 

“Saya harap ini akan menjadi satu perkara serius oleh setiap anggota Kabinet sepertimana ditegaskan Perdana Menteri dan ini adalah untuk Malaysia ke hadapan,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan