web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Buat Kejutan, Tapi Kehadiran Fadhlina Berjaya ‘Dihidu’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 8:50PM

Fadhlina (dua dari kanan) bergambar bersama guru-guru di SK Semenyih. - Gambar dari Twitter @FadhlinaSiddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat Menteri Pendidikan baharu, Fadhlina Sidek untuk membuat kejutan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih tidak menjadi apabila kehadirannya berjaya ‘dihidu’ warga pendidik di premis berkenaan.

Perkara tersebur dikongsikan Fadhlina di Twitter, ketika mahu melakukan lawatan tidak rasmi ke sekolah lamanya itu.

Fadhlina berbual dengan salah seorang murid di SK Semenyih.
Fadhlina berbual dengan salah seorang murid di SK Semenyih.

"Kejutan tidak menjadi. Guru-guru lebih cekap menghidu kehadiran saya. Saya telah memulakan pendidikan rendah di SK Semenyih. 

"Ibarat sirih pulang ke gagang, saya kembali kali ini dengan rasa rendah jiwa mengenang jasa semua guru yang telah mendidik saya," katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini. 

Perkongsian Ahli Parlimen Nibong Tebal itu mendapat perhatian warga maya yang turut memberi pelbagai cadangan kepada Fadhlina. 

Fadhlina turut melawat tandas di SK Semenyih.
Fadhlina turut melawat tandas di SK Semenyih.

"Yang Berhormat (YB), boleh ke saya nak minta supaya gejala menari tik tok atau ke arah yang tidak baik dalam kalangan guru dibendung sebab sekarang makin menjadi jadi.

"Saya paham nak bersosial tetapi adalah lebih baik jaga imej guru, warga pendidik bukan menjadi perosak anak bangsa," luah  @suechehassan. 

"Semasa saya membuang undi di sekolah rendah saya dahulu, keadaan perabot seperti kerusi dan meja berada dalam keadaan yang begitu daif sekali. 

"Mohon YB dapat melihat ruang yang boleh ditambah baik. Persekitaran pembelajaran anak-anak harus baik bagi membolehkan mereka selesa," kata Azrin Ahmad di Twitter. 

"Masuk tandas mana itu YB? Cuba masuk dalam toilet murid, tengok boleh borak tak dalam tu. 

"Tandas murid selalu tak dihirau sampai kotor dan sangat berbau. Mohon YB tegur sekolah untuk cakna hal ni. Benda simple tapi impak besar juga," kata Sym. - Getaran, 6 Disember 2022




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula