web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hidung Berbau Tahi Ayam, Annuar Musa Sindir Siapa?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 2:50PM

Annuar Musa - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hantaran terbaru Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Facebook mencetuskan tanda tanya, apabila mengandungi unsur sindiran atau kiasan yang merujuk kepada individu tertentu.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu yang sememangnya aktif di media sosial dilihat memuat naik hantaran, menceritakan ‘kisah’ dialami seorang pelajar junior di sekolah tempatnya menuntut, satu ketika dahulu.

Menurut Annuar, pelajar berkenaan menjadi mangsa kenakalan rakan seasrama yang lebih senior.

“Teringat kisah kenakalan kawan-kawan di asrama. Seorang junior nyenyak tidur. Senior calit tahi ayam atas hidungnya.

Junior bangun, dan tanya kenapa bau tahi ayam. Dicium baju, berbau tahi ayam lalu dibuang baju. Dicium kain, pun sama juga lalu ditanggal kain,” katanya.

Jelas Annuar, pelajar terbabit tidak sedar bahawa bau tahi ayam itu datang dari hidungnya sendiri yang sudah dicalit najis berkenaan.

“Dihidu semua benda, semua berbau belaka padanya dan dibuang jauh jauh.

“Yang dia tak sedar ialah tahi ayam atas hidungnya sendiri. Tapi dia mencari salah pada orang dan tempat yang lain. Wallahualam,” katanya.

Hantaran Annuar itu menerima 12.7 ribu komen setakat jam 2.30 petang dan 477 perkongsian, dengan majoriti netizen menganggap ia ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ada juga segelintir netizen di ruangan komen lebih ‘nakal’, apabila secara sinis ‘memulang paku buah keras’ kepada Annuar, dan mengaitkan ia dengan pendedahan dibuatnya berhubung bantuan dihulurkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Munyiddin Yassin ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Teringat satu lagi kisah nakal, ada sorang (seorang) tu buat live nak jilat kawan dia, terlebih jilat sampai terkantoi kawan dia, nakal sunggoh,” kata pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Hasbuljalil.

“Tan Sri sakit ke??? Dapatkan rawatan kaih (cepat) kang (nanti) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) panggil MC manjang (asyik) tak sihat,” kata pula Nad Rosli. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-90, Semoga Terus Disegani, Dihormati

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi