web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pukul Pelajar Hingga Cedera, Ibu Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 1:31PM

Seorang ibu mendakwa anaknya dipukul oleh seorang guru di Kuala Kedah, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat, akhirnya pulang dalam keadaan badan berbirat, lebam, bengkak dan luka-luka?

Lebih menyedihkan, keadaan itu didakwa berlaku ekoran tindakan berlebihan oleh guru yang diberi amanah untuk mendidik anak-anak di sekolah.

Itu yang berlaku terhadap seorang ibu dikenali sebagai Puan Eda apabila mengambil anaknya pulang dari sebuah sekolah di Kuala Kedah, semalam.

Dalam luahannya di laman Facebook, Puan Eda mendakwa, anaknya telah 'ditibai' bertalu-talu oleh seorang guru menggunakan pembaris besar hingga pembaris tersebut hancur.

"Ya Allah dik, hang tahan sakit sungguh kena tibai teruk dengan pembaris besar tu hancur dan lengan berbirat sampai bengkak serta lebam, serpihan pembaris kena pada dahi dan muka, luka di jari berdarah sebab tepis cikgu tibai bertalu-talu, sikit pun hang tak teriak (menangis).

"Hang diam adik, tak berani cerita apa pun. Abang yang buka mulut 'habaq' (beritahu) cikgu tibai sebab tak siap kerja sekolah. Mama buka baju sekolah hang, tengok di lengan tangan, Ya Allah bengkak berbirat-birat," katanya.

Tambah Puan Eda, anaknya hanya menangis apabila dirinya sendiri mula menitiskan air mata ketika mereka bertemu dengan pengetua, cikgu disiplin dan cikgu kaunseling, selepas itu.

"Aku bukan manjakan anak dan sebab itu anak ada rasa takut nak beritahu bila dia kena tibai. Tapi aku tengok kesan bengkak dan lebam itu, ya Allah, aku lembik tangan dan badan menggeletar.

"Cikgu tak bersalah kalau nak rotan dengan tujuan mendidik tapi ini dah melampau, dah teruk. Salah anak aku sampai tahap mana yang cikgu boleh hentam dia macam ini?

"Tapi Eda nak minta netizen henti kecam cikgu-cikgu lain. Disebabkan kelakuan tidak bermoral seorang cikgu, nama-nama cikgu lain habis tercalar," katanya.

Bersandarkan gambar-gambar yang dimuat naik ke Facebook, anaknya itu dipercayai turut dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu pelajar terbabit kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Katanya, kejadian itu didakwa melibatkan pelajar tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Kedah.

"Semasa mengambil anaknya di sekolah, didapati lengan kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya mengalami kecederaan. Mangsa memaklumkan guru memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak seiap kerja sekolah.

"Proses siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 23 April 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi