web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Cekup Ketua, Ahli Geng 18 Dato Suresh Dan Geng 21 Sunder 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 9:03PM

Rakaman CCTV menunjukkan beberapa lelaki bergaduh di depan sebuah rumah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20 lelaki terdiri daripada ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap Geng 18 Dato Suresh dan Geng 21 Sunder ditahan dalam Op Cantas Sinecure.

Semua suspek berusia antara 35 hingga 48 tahun itu diberkas dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar Puchong, Serdang, Klang dan Kapar Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, operasi ini dijalankan susulan satu video  pada 25 November tahun lalu yang tular di media sosial, membabitkan rusuhan oleh sekumpulan lelaki (Geng 18 Dato Suresh) di sebuah pusat hiburan di Brickfields.

"Dalam kejadian itu, seorang anggota polis yang secara kebetulan menjalankan tugas risikan di premis berkenaan telah dikepung, ditengking dan dipukul oleh kumpulan terbabit.

"Dalam kejadian lain yang berlaku di Kapar, Selangor, sekumpulan lelaki (Geng 21 Sunder) yang bersenjatakan parang, kayu dan besi telah menyerang seorang mangsa di hadapan sebuah rumah sehingga mendatangkan kecederaan serius pada 21 Januari lalu," katanya hari ini.

Huzir berkata, penularan video ini telah menimbulkan kegusaran kepada masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJ tidak sesekali akan berkompromi dengan elemen kongsi gelap dan gengsterisme.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan yang melanggar undang-undang serta cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kesemua suspek memiliki antara satu hingga sembilan rekod kesalahan jenayah lampau, dengan majoriti suspek memiliki tiga hingga lima rekod jenayah.

Kesalahan yang dilakukan adalah mendatangkan kecederaan, gaduh gempar, samun, dadah dan lain-lain.

Siasatan ke atas semua mereka dijalankan mengikut Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). - Getaran, 23 April 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka