web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MoU Kerajaan Perpaduan Tidak Langgar Perlembagaan, Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 3:30PM

MoU itu dibuat dengan persetujuan dan tanpa unsur paksaan ke atas lima parti gabungan berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjanjian persefahaman permuafakatan (MoU) antara lima parti komponen di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanggar undang-undang Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, MoU itu dibuat dengan persetujuan dan tanpa unsur paksaan ke atas lima parti gabungan berkenaan.

Menurut beliau, MoU itu bukan bertujuan mengugut Ahli Parlimen kerajaan perpaduan menyokong usul Perdana Menteri, tetapi ia dapat mencegah Ahli Dewan Rakyat daripada mengundi perkara yang berlawanan dengan keputusan kerajaan, sekali gus mempertahan semangat undang-undang anti lompat parti.

“Jika perbuatan mengundi mengikut kehendak Ahli Parlimen itu dibenarkan, ia sama sekali melanggar undang-undang anti lompat parti.

“Memandangkan undang-undang anti lompat parti ini terkandung dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang ini adalah sah dan berperlembagaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Faiz berkata, MoU berkenaan tidak bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen dan Seksyen 124B serta 124C Kanun Keseksaan juga tidak terpakai.

“Memandangkan undang-undang anti lompat itu sah, tiada pelanggaran ke atas Seksyen 24 Akta Kontrak 1950,” katanya.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang menegaskan, objek MoU itu tidak melanggar polisi awam kerana ia dibenarkan berlandaskan undang-undang yang tertakluk dalam Akta Anti Lompat Parti.

“MoU dan usul undi percaya ini penting bagi menjamin kestabilan politik yang menjadi persoalan pokok dalam pentadbiran negara sejak Langkah Sheraton dibuat PN.

“Ia penting untuk memastikan pemulihan ekonomi dapat dibuat terutama membina semula keyakinan pelabur asing dalam negara.

“Langkah Sheraton telah menyebabkan kemerosotan ekonomi kepada negara sehingga nilai ringgit jatuh teruk dan memberi kesan kepada rakyat akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Justeru, MoU serta usul undi percaya tersebut penting untuk meletakkan hala tuju pentadbiran di landasan betul,” katanya.

Jumaat lalu, lima gabungan utama Pakatan Harapan (PH) iaitu Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan WARISAN menandatangani MoU menyokong kerajaan perpaduan di Putrajaya.

MoU itu yang dinamakan Permuafakatan Antara Gabungan menggariskan kerjasama bagi menamatkan kemelut politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan yang dipimpin Anwar. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

4

Semasa 1 tahun yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok