web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Projek Pembangunan Rundingan Terus Kementerian Pengangkutan Disemak Semula

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2022 3:50PM

Anthony berkata, ia perlu dilakukan pada kadar segera, selaras dengan keputusan pentadbiran baharu Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melaksanakan semakan semula ke atas lima projek pembangunan secara rundingan terus bernilai RM650 juta yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia perlu dilakukan pada kadar segera, selaras dengan keputusan pentadbiran baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak meluluskan perolehan tanpa tender.

“Projek pembangunan yang terlibat adalah kerja penstabilan dan re-profile cerun di Landasan Keretapi Negeri Pahang (Mentakab-Merapoh) serta Landasan Keretapi Negeri Kelantan (Gua Musang-Tumpat) di samping pelantikan Independent Checking Consultant (ICC) bagi Projek Menaiktaraf KVDT Fasa Dua.

“Pada masa sama, Kementerian Pengangkutan (membatalkan projek) landasan Pantai Timur iaitu pemuliharaan Landasan Gua Musang-Tumpat, baikpulih kerosakan akibat banjir (Pakej C) serta membaik pulih dan menaik taraf Landasan Gemas-Mentakab (Pakej A),” katanya hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan perolehan secara tender itu selaras dengan komitmen kerajaan perpaduan untuk mengehadkan amalan tender secara rundingan terus.

“Walaupun projek itu pada mulanya diluluskan melalui rundingan terus, kerajaan masih belum mengeluarkan surat penerimaan kepada pemaju.

“Selari dengan pendirian kerajaan baharu untuk tidak lagi melaksanakan kelulusan perolehan tanpa tender, Kementerian Pengangkutan telah membuat semakan semula serta bersetuju agar lima projek pembangunan tersebut dilaksanakan secara tender terbuka atau tender terhad,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kelima-lima projek tersebut sebelum ini diluluskan untuk dibuat perolehan secara rundingan terus.

“Namun begitu, Surat Setuju Terima (SST) masih belum dikeluarkan,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan