web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Gaji Tahunan, Bantuan Khas Kewangan Bukti Penjawat Awam Dihargai Kerajaan Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 5:29PM

Kenaikan gaji dan bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam dan pesara membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menghargai komuniti itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenaikan gaji dan bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam dan pesara membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menghargai komuniti itu yang memberi perkhidmatan kepada rakyat serta negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, beliau amat menghargai keprihatinan kerajaan kerana menunaikan sebahagian cadangan terkandung dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 Disember lalu.

Menurut beliau, CUEPACS berpendapat, tiada sebarang alasan untuk kerajaan tidak meneruskan inisiatif berbentuk kebajikan kepada penjawat awam setelah pelbagai khidmat bakti telah dicurahkan.

“Bahkan kita berpendapat masih banyak lagi inisiatif yang perlu dilaksanakan kerajaan dalam konteks hal kebajikan dan menambah baik skim perkhidmatan penjawat awam. 

“Alhamdulillah, kerajaan telah menerima pandangan yang diberikan oleh CUEPACS apabila tetap meneruskan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah pada Januari 2023 serta tambahan khas RM100 dalam bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menerusi pembentangan Bajet Mini hari ini memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju umemberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 ringgit kepada semua penjawat awam dari Gred 11 hingga 56.

Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 seorang kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan RM350 untuk sejuta pesara kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Adnan mengesahkan CUEPACS turut menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu membabitkan penjawat awam yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. 

“Apatah lagi, CUEPACS baru sahaja selesai mengadakan konvensyen tritahunan pada 17 hingga 19 Disember lalu dan pelbagai resolusi berkaitan kebajikan dan penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam telah dicapai sepanjang konvensyen diadakan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sistem saraan perkhidmatan awam yang ‘lapuk’ dan dilihat tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa menjadi isu utama dibangkitkan perwakilan pada konvensyen tersebut.

“Perwakilan juga berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan berbanding RM1,200 sebulan ketika ini. 

“CUEPACS berharap pertemuan dengan Perdana Menteri kelak dapat memberi gambaran sebenar kepada kerajaan mengenai tuntutan yang dimohon oleh CUEPACS dan penjawat awam,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok