web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir: KPT Salur RM2 Juta, Nasihat IPT Terkesan Anjalkan PdP

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 7:06AM

KPT mengambil tindakan merangkumi penyelarasan gerakan kesukarelawanan, pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana, mobilisasi aset, operasi bilik gerakan dan penyampaian pelbagai bentuk bantuan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan serta-merta peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membantu menyediakan bantuan dan kebajikan warganya.

Ia membabitkan jabatan dan agensi di bawah kementian itu, selain universiti awam (UA), politeknik serta kolej komuniti.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui Briged Sukarelawan institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga semalam, seramai 7,741 sukarelawan daripada 726 staf dan 7,015 pelajar dari seluruh negara digerakkan bagi mengedarkan bantuan kotak makanan, pakaian, wang tunai, peranti dan kit kebersihan.

“Susulan banjir Monsun Timur Laut, saya ingin kongsikan status semasa dan pelan tindakan yang sudah dan sedang diambil pihak KPT.

“Secara amnya, KPT mengambil tindakan merangkumi penyelarasan gerakan kesukarelawanan, pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana, mobilisasi aset, operasi bilik gerakan dan penyampaian pelbagai bentuk bantuan.

“Satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat KPT diaktifkan bermula 18 November lalu yang beroperasi 24 jam sehari. Lima saluran talian telefon dan satu emel dibuka bagi memudahkan orang ramai mengemukakan sebarang aduan kecemasan (rujuk lampiran). Bilik Gerakan Peringkat UA turut dibuka dan dikendalikan universiti masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, pihak KPT juga menggerakkan pasukan khas bagi menawarkan khidmat sokongan psikologi kepada mangsa.

“Dari segi logistik, sejumlah 61 bas/coaster, 38 SUB/4WD, 37 van, 17 lori dan 3 bot dilibatkan. Briged Sukarelawan IPT turut menyediakan 80 waterjet, 21 waterpump dan 15 generator bagi membantu serta mempermudah kerja pemulihan di kawasan terkesan.

“Terdapat tiga fasiliti di bawah KPT didaftarkan sebagai PPS, iaitu Kolej Komuniti Bentong, Pahang; Politeknik Mersing, Johor dan Politeknik Kok Lanas, Kelantan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, sehingga semalam, seramai 5,404 warga KPT dan pelajar IPT terkesan, merangkumi 5,268 pelajar dan 136 staf.

“(Mereka) antaranya daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Politeknik Hulu Terengganu (PHT),” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak universiti, politeknik dan kolei komuniti yang terjejas dinasihat memberikan keanjalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada secara dalam talian, mod asynchronous atau hibrid.

Jelasnya, pihak IPT itu juga dinasihat menangguhkan PdP mengikut tahap keseriusan bencana dihadapi di kawasan masing-masing.

Malah, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Banjir Peringkat KPT akan terus memantau keadaan di kawasan berkenaan.

“Pelajar dan kakitangan IPT yang terkesan akibat banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Saya menyeru sema pihak di seluruh negara untuk bersama-sama mendoakan agar warga KPT/pelajar IPT dan orang awam yang terkesan, selamat serta dipermudah segala urusan mereka,” katanya. – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad