web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NADMA Fokus Pengurusan Pasca Bantuan Mangsa Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 9:48PM

NADMA akan membantu penyaluran bantuan kepada mangsa dan ahli keluarga terlibat dalam tragedi tanah runtuh sebaik mendapat data dan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan akan terus membantu mangsa dan ahli keluarga terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir secara rasmi 12 tengah hari tadi. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fokus kini terarah kepada pengurusan pasca bencana dan bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya.

“NADMA akan membantu penyaluran bantuan sebaik mendapat data dan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Saya mengucapkan takziah kepada semua 92 orang mangsa dan ahli keluarga yang terlibat serta merasa amat berdukacita dengan kematian 31 mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Armizan turut merakamkan penghargaan kepada ahli pasukan bantuan SAR daripada pelbagai agensi kerajaan yang bertungkus lumus dalam operasi selama sembilan hari sejak 16 Disember lalu, tanpa mengira penat lelah serta keadaan cuaca.

“Ucapan terima kasih kepada kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohamad Hanafe Basri selaku Pengerusi JPBD, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan semua pihak terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini.

“Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak lagi,” katanya. 

Sementara itu, Armizan turut mengingatkan semua pihak supaya terus bersiap siaga memandangkan Malaysia masih lagi belum keluar sepenuhnya dari tempoh fenomena Monsun Timur Laut 2022/2023.

“Orang ramai juga perlu sentiasa peka kepada informasi dan amaran, serta perlu patuhi nasihat agensi berwajib demi keselamatan bersama,” katanya. 

Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh berakhir selepas mayat terakhir ditemui dalam beg tidur kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan di Sektor A.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi, 16 Disember lalu itu menyaksikan 31 nyawa terkorban manakala 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini, korban ke-31 tragedi tanah runtuh itu dikenali sebagai Eng Shao Qi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

NADMA turut memaklumkan proses bedah siasat untuk kesemua mayat telah selesai dijalankan, dikenal pasti dan diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok