web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Lelaki Bertelekung’ Mengaku Salah Curi Telefon Bimbit Di Masjid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 5:17PM

Mohamad Amirul Shafiq yang juga jurujual didakwa melakukan perbuatan itu dengan mencuri telefon bimbit milik dua wanita warga emas. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita dengan memakai telekung untuk mencuri di masjid, sebelum video tindakannya itu tular baru-baru ini, mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan berkenaan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, membuat pengakuan itu, selepas ia dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Memandangkan tertuduh adalah pesalah muda, mahkamah hanya akan menjatuhi hukuman selepas menerima laporan sosial pada 17 Januari tahun depan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohamad Amirul Shafiq yang juga jurujual didakwa melakukan perbuatan itu dengan mencuri telefon bimbit milik dua wanita warga emas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dua masjid berbeza di Seksyen 18, iaitu Masjid Al-Azhariah pada jam 6.25 pagi dan Masjid Al-Hidayah pada jam 8.50 malam, 20 Disember lalu.

Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman, memohon penetapan tarikh bagi mengemukakan laporan sosial tertuduh.

Pihak pendakwaan juga menawarkan ikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Bagaimanapun, Mohamad Amirul Shafiq yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan pengurangan kos jaminan.

Majistret kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 17 Januari depan untuk pendengaran laporan sosial tertuduh.

Terdahulu, Getaran melaporkan, taktik seorang penganggur masuk ke ruang solat wanita di masjid Seksyen 18, Shah Alam, dengan memakai telekung untuk mencuri barangan berharga milik jemaah di situ, terbongkar selepas dia ditahan pada tengah malam.

Suspek dengan turut memiliki lima rekod jenayah lampau, termasuk penyalahgunaan dadah itu, ditahan kira-kira jam 12.05 tengah malam di sekitar Seksyen 18, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan terhadap suspek dibuka susulan dua laporan polis dibuat jemaah wanita, masing-masing di Masjid Al-Azhariah dan Masjid Al-Hidayah.

Menurutnya, dalam kejadian pertama pada Selasa lalu, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg tangan ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Azahariah.

“Selesai menunaikan solat, mangsa mendapati beg miliknya yang mengandungi kunci rumah, kunci stor masjid dan telefon bimbit hilang dengan anggaran kerugian sebanyak RM2,000,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, kejadian kedua membabitkan mangsa seorang wanita berusia 58 tahun yang turut kehilangan beg tangan ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Hidayah.

“Selepas selesai menunaikan solat, mangsa mendapati beg tangan miliknya yang mengandungi telefon bimbit hilang dengan anggaran kerugian sebanyak RM1,500,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua masjid tersebut, mendapati suspak adalah seorang lelaki tempatan. - Getaran, 29 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan