web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: KKM Siap Siaga Risiko Peningkatan Kes, Pengembara China Akan Disaring

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 1:37PM

KKM kini memperkukuh survelan COVID-19 dalam persekitaran dan makmal komuniti, dengan melaksanakan ujian lanjut ke atas sampel positif wabak itu menggunakan teknik Whole Genomic Sequencing (WGS) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Di sebalik kebimbangan rakyat berhubung risiko peningkatan semula jangkitan COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM) terus mempertingkat kesiapsiagaan dan responnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan itu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha itu akan dilaksanakan menerusi beberapa inisiatif, sekali gus membuatkan kementerian itu lebih bersedia, termasuk membabitkan kes positif dan kematian akibat virus berkenaan.

Katanya, antara usaha itu adalah semua pengembara dari luar negara, termasuk China akan melalui saringan dan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula bagi ujian COVID-19.

“Bagi meningkatkan pengesanan sebarang varian baharu, kesemua kes yang datang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan dan mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari terakhir, atau mempunyai sejarah kontak dengan individu ada sejarah perjalanan ke China dalam tempoh sama akan dibuat ujian RTK-Ag COVID-19. 

“Seterusnya, ia dihantar untuk penjujukan genom sekiranya positif COVID-19. Selain itu, survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) juga diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan daripada pesawat dari China untuk ujian PCR dan penjujukan genom, sekiranya dikesan positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, melalui data semasa dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara keseluruhannya, trend pandemik itu berada dalam keadaan terkawal di kebanyakan negara, termasuk Malaysia. 

Sehingga 24 Disember lalu, katanya, sebahagian besar varian SARS-CoV-2 yang dikesan di Malaysia adalah varian Omicron (66.17 peratus), dikuti varian Delta (32.69 peratus), Beta (1.06 peratus) dan Alpha (0.08 peratus). 

“Daripada kumulatif varian Omicron dikesan, 61.6 peratus adalah subvarian BA.5.2 dan 10.8 peratus adalah subvarian XBB.1 dan tiga kes subvarian BF.7.

“Namun, tiada peningkatan mendadak jumlah kes COVID-19 di dalam negara ini serta kes memerlukan kemasukan ke hospital, kesan daripada langkah kesihatan awam dan imuniti kelompok, terhasil daripada liputan vaksinasi COVID-19 secara luas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Zaliha berkata, mengambil kira risiko tetap didepani negara berhubung perkara itu, KKM kini memperkukuh survelan COVID-19 dalam persekitaran dan makmal komuniti, dengan melaksanakan ujian lanjut ke atas sampel positif wabak itu menggunakan teknik Whole Genomic Sequencing (WGS). 

Menurutnya, ia dilaksanakan bagi mengesan kemasukan varian baharu dalam negara dengan segera, di samping 59 klinik akan melaksanakan survelan sampel terhadap kes influenza-like illness (ILI), manakala 18 hospital sentinel bkal melakukan pemantauan bagi sentinel dan severe acute respiratory infection (SARI). 

Bagi tujuan itu, katanya, sampel ILI dihantar ke Makmal Kesihatan Awam seluruh negara, manakala sampel SARI diserahkan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian PR, seterusnya dijalankan penjujukan genom (WGS) sekiranya positif COVID-19.

KKM juga, katanya, melindungi komuniti melalui pemberian vaksin penggalak kepada orang ramai, khususnya, kumpulan rentan dan berisiko tinggi, bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius serta kematian.

“(Menerusi) Pemberian vaksin COVID-19 sehingga 28 Disember lalu, seramai 27,531,220 orang (84.3 peratus) dari penduduk Malaysia menerima vaksinasi dos primer lengkap.

“Bagaimanapun, hanya seramai 16,278,036 orang (49.8 peratus) menerima dos penggalak pertama dan 626,896 orang (1.9 peratus) bagi dos penggalak kedua,” katanya. 

Mengulas lanjut mengenai usaha dilaksanakan KKM itu, Zaliha berkata, perkhidmatan kesihatan awam dan kesiapsiagaan sistem, mahupun respon kementerian berkenaan akan sentiasa dipertingkat.

Jelasnya, keputusan ujian akan segera dikemaskini dalam My Sejahtera pengguna serta Pusat PenilaianCOVID-19 (CAC) akan beroperasi sepenuhnya, sama ada fizikal atau maya. 

Pada masa sama, beliau berkata, KKM memperkasa komuniti melalui penglibatan dan advokasi berterusan, di mana aktiviti serta komunikasi risiko berkaitan penyakit COVID-19, termasuk vaksinasi dan rawatan dipertingkat kepada semua peringkat lapisan masyarakat. 

“Bahan advokasi dan pendidikan kesihatan boleh diperolehi daripada laman sesawang KKM serta kenyataan akhbar KKM yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Selain itu, Zaliha berkata, pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan yang tamat esok, dilanjutkan sehingga 30 Jun tahun hadapan bagi memudahcara KKM menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan jangkitan COVID-19. 

Pelanjutan itu, katanya, diwartakan pada 27 Disember lalu melalui perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No.2) 2022 [P.U. (A) 397/2022].

Justeru, beliau berkata, orang ramai dinasihat mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi menghindarkan diri daripada bahaya COVID-19 dan penyakit berjangkit lain. 

“Disarankan agar sentiasa mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek). Bagi mereka berisiko tinggi, termasuk individu ada komorbid, amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak, seperti perhimpunan ramai. Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.

“KKM akan terus memantau perkembangan kes jangkitan COVID-19 di dalam dan luar negara serta bekerjasama rapat dengan WHO, China dan negara ASEAN, demi memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan