web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengumpulan Ilmu Wajib Jadi Budaya Teroka Bina Otak Dan Watak - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 12:54PM

Tujuh teras utama yang menjadi fokus Kementerian Pendidikan menggambarkan sinergi antara murid, guru, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa hadapan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang terbentang luas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini bermakna proses pencarian, pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak.

Menurut beliau, ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera adalah apabila satu budaya berasaskan kemuliaan insan berjaya diangkat, tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

“Individu iaitu murid guru dan warga pendidik yang berkongsi harapan ini pastinya dapat menggarap nilai kemanusiaan dan sekolah dapat menjadi medan yang bebas daripada gejala negatif, gangguan seksual, buli, ekstremism serta gangsterism.

“Mengurus sebuah kementerian pasca pandemik ini memerlukan sarwapandang yang merentas zaman, dan kalis masa hadapan, justeru, khidmat yang didasari profesionalism dapat menjadi jambatan erat antara setiap pemegang taruh,” katanya.

Fadhlina Sidek - Gambar Fail
Fadhlina Sidek - Gambar Fail

Fadhlina menyatakan demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2023 menerusi rakaman video di Facebook hari ini.

Menerusi amanat sama, beliau turut mengulangi tujuh teras utama yang akan menjadi fokus kementerian, bagi menambah baik sistem pendidikan sedia ada.

“Landasan dan sistem pendidikan hari ini telah melalui siri siri pemurnian, namun kita tidak boleh berkompromi dalam memastikan beban guru dikurangkan, dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh.

“Justeru pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada akan diangkat dan ditambah baik di semua peringkat implementasi,” katanya.

Fadhlina berkata, kesemua teras berkenaan menggambarkan sinergi antara murid, guru, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa hadapan.

Jelas beliau, ia turut merangkumi matlamat merealisasikan satu pasukan yang menjadi khadam untuk nukleus utama pendidikan, yakni kesejahteraan guru dan murid di dalam kelas. 

“Untuk memperkasakan sistem pendidikan dan pembudayaan ilmu ini tidak boleh dibuat secara semberono. Memberi akses maklum balas daripada setiap pemegang taruh pastinya akan memakan masa dan perlu sampai kepada wajah solusi yang sesuai untuk masyarakat.

“Dalam masa yang sama, semua anak bangsa yang tinggal di negara ini berhak memperoleh kesaksamaan pendidikan walau di mana ceruk atau pojok tanah air mereka berada,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kementerian amat prihatin akan masalah pendidikan, khasnya isu keciciran di kalangan pelajar dan sentiasa mencari jalan penyelesaian ke arah sifar keciciran. 

“Pemantauan dan intervensi pihak sekolah akan dilakukan ke atas murid yang berisiko cicir agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.

“Kebajikan warga pendidik yang terus dititikberatkan dan menjadi fokus KPM (Kementerian Pendidikan). Setiap jerih payah tuan tuan mendidik anak bangsa adalah mutiara yang tidak tolok bandingnya,” katanya.

Tahun 2023 jelas Fadhlina lagi, adalah tahun untuk melakar sebuah wajah baharu pendidikan Malaysia.

“Ia adalah tahun untuk merangkul kekuatan di peringkat pakar dan menelusuri setiap denai dalam mendorong anak kita ke peringkat terbaik dalam akademik dan sahsiah anak-anak.

“Dunia, bersedialah menyambut bakat anak-anak Malaysia,” katanya. - Getaran, 1 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka