web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jaga Keharmonian, Perpaduan Antara Kaum, Syukuri Nikmat Kurniaan Allah SWT - Dr Na’im

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 4:08PM

Na’im berkata resolusi tahun baharu yang disusun ini diharapkan akan dipandu oleh ilmu dan bakal membawa diri ke arah lebih cemerlang, selain memberi manfaat kepada orang lain. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas melalui episod panjang dalam kemelut politik negara dengan pelbagai cabaran sepanjang 2022, rakyat diseru untuk mengambil peluang melakukan muhasabah diri dan mensyukuri segala nikmat kurniaan Yang Maha Esa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, masa yang dipinjamkan saban hari adalah satu nikmat yang mesti diuruskan dengan bertanggungjawab, seiring hijrah menuju kehidupan lebih baik menerusi perpindahan tahun.

Menurut beliau, resolusi tahun baharu yang disusun ini diharapkan akan dipandu oleh ilmu dan bakal membawa diri ke arah lebih cemerlang, selain memberi manfaat kepada orang lain.

 Dr Na’im Mokhtar - Gambar Bernama
Dr Na’im Mokhtar - Gambar Bernama

“Umum tahu, baru-baru ini negara kita dilanda musibah tanah runtuh dan banjir yang telah mengorbankan nyawa serta (mendatangkan) kerosakan harta benda kepada mangsa terbabit.

“Atas dasar perpaduan dan sifat rahmah dalam kalangan rakyat Malaysia, kita semua telah bersatu dalam menzahirkan kesedihan serta berusaha memberi bantuan dan sokongan, di samping mendoakan kekuatan buat semua mangsa,” katanya pada perutusan Tahun Baharu 2023 hari ini.

Dalam pada itu, Na’im turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama berusaha menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara

 Jelas beliau, perkara itu selari dengan dasar teras kerajaan perpaduan yang mementingkan kesepaduan antara semua pihak.

“Saya mengajak semua anggota masyarakat tidak kira latar belakang dan fahaman agama serta politik untuk sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam memelihara perpaduan.

“Sebolehnya, kita perlu jauhkan daripada persengketaan dan menumpukan usaha merencana serta membangunkan negara bersama dalam keadaan harmoni," katanya. 

Tambah beliau, masyarakat juga perlu kembali untuk menghayati ilmu dan adab berikutan dua kaedah itu mampu mengembalikan kekuatan ummah. 

"Saya berdoa agar tahun 2023 ini akan mengeratkan kesatuan rakyat dan bulatkan tekad untuk menjalankan amanah demi Malaysia yang lebih sejahtera dengan penuh keikhlasan dan ketekunan," katanya. - Getaran, 1 Januari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan