web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan, Pelajar Politeknik Berputih Mata Rugi RM57,488 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 5:55PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Seorang pelajar sebuah politeknik berputih mata selepas menanggung kerugian mencecah RM57,488, apabila terpedaya dengan sindiket kerja sambilan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 19 tahun tertarik dengan tawaran diiklankan melalui laman sosial Instagram dilayarinya pada 19 Disember lalu, walaupun terpaksa melaburkan modal terlebih dahulu. 

Menurut beliau, mangsa yang teruja dengan tawaran lumayan sanggup meminjam wang daripada rakan dan menggunakan wang persaraan bapa serta simpanan sendiri untuk menyertai pelaburan tersebut.

"Mangsa telah menyertai satu iklan di laman media sosial Instagram yang mengkehendaki dia melabur modal terlebih dahulu dan dijanjikan pulangan wang hasil pelaburan tersebut.

"Mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram dalam melaksanakan tugasan diberikan suspek, malah membuat lima pindahan wang ke lima akaun bank berlainan," katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, mangsa hanya menyedari pelaburan itu tidak wujud dan menanggung kerugian RM57,448 selepas pindahan wang dibuat. 

"Ekoran kejadian, mangsa tampil membuat laporan polis di sebuah balai polis di Rompin," katanya. 

Sehubungan itu, Ramli menasihatkan masyarakat untuk tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan meragukan melalui laman media sosial.

“Orang ramai digesa periksa terlebih dahulu kesahihan tawaran pekerjaan yang diiklankan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan akaun diterima di pautan nombor http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya. - Getaran, 1 Januari 2023.












 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula