web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inspektor Rogol Pelajar, KDN Serah Siasatan Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jan 2023 4:02PM

Laporan terperinci kejadian itu telah dibentangkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Siasatan kes rogol seorang pelajar yang didakwa dilakukan pegawai polis berpangkat Inspektor di Kedah, baru-baru ini diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan terperinci berhubung kejadian itu telah dibentangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut beliau, kementerian sememangnya memandang serius insiden seperti itu, apatah lagi ia melibatkan remaja bawah umur yang baru berusia 16 tahun.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) optimis pihak polis pastinya mempunyai kaedah tersendiri dalam menyiasat sebarang kes salah laku melibatkan anggota atau pegawai mereka.

"Ketua Polis Negara (IGP) telah memberi brefing sepenuhnya kepada saya semalam tetapi biarlah siasatan dijalankan dan kemudiannya akan diproses agar undang-undang sewajarkan boleh dikenakan,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini hari ini.

Terdahulu, pegawai polis berpangkat Inspektor itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen 1 di Sungai Petani, Kedah, hari ini, termasuk merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur pada 28 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd Maliki Azmi, 35, pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Kedah dituduh merogol remaja bawah umur berusia 16 tahun yang juga merupakan mangsa satu lagi kes rogol.

Dia adalah pegawai penyiasat yang bertanggungjawab melakukan siasatan ke atas kes berkenaan. 

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan di Bilik Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Yan sekitar jam 6.30 petang, 28 Disember lalu.

Susulan insiden, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Mohd Maliki turut didakwa dengan tiga pertuduhan amang seksual termasuk menyentuh kemaluan remaja tersebut bagi tujuan seksual.

Perlakuan terbabit menyebabkan dia berdepan hukuman mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Mohd Maliki juga didakwa melakukan amang seksual dengan mengarahkan mangsa memasukkan alat ke dalam kemaluan.

Justeru, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 14(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang dibaca bersama Seksyen 16 ( 1) akta sama.

Mohd Maliki turut dituduh melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu membuatkan mangsa menunjukkan badan agar dapat dilihat oleh tertuduh bagi tujuan seksual.

Kesalahan berkenaan menyebabkan dia boleh dihukum di bawah Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta792) yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad sebelum ini dipetik sebagai berkata, siasatan telus akan dilakukan berhubung kejadian itu. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan