web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rogol Bukan Jenaka, #MakeSchoolASaferPlace Trending Di Twitter

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 9:42PM

Dr Maszlee antara yang lantang menyuarakan bahawa sekolah wajar dijadikan sebagai tempat yang selamat dan bukan sebaliknya. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam banyak hal, rogol dianggap jenayah paling hina yang melampaui batas pemikiran manusia normal.

Perlakuan tidak berperikemanusiaan ini bukan sekadar patut dihukum, malah wajar dibanteras sama sekali, demi melindungi golongan yang tidak berdaya.

Apa pun keadaan, jenayah ini bukan satu perincian yang boleh dinormalisasikan, apatah lagi menjadikan ia sebagai jenaka mengumpan tawa.

Justeru, tindakan seorang guru di sebuah sekolah di Selangor menjadikan rogol sebagai sendaan dilihat sebagai satu perkembangan yang amat meresahkan.

Walau mungkin tidak mengurung niat tertentu, pertimbangan akal yang membenarkan lawak berkenaan dizahirkan jelas mengundang kebimbangan ramai.

Maklum balas negatif diterima remaja perempuan terbabit, Ain Husniza Saiful Nizam sebaik membuat laporan polis juga seolah menggambarkan peradaban masyarakat yang semakin pincang tumbuhnya.

Tidak hanya aduannya dipinggirkan guru kaunseling sekolah yang menyifatkan gadis itu terlalu sensitif, Ain turut menerima ancaman rogol daripada rakan sekelas lelaki, sebaik dia bertindak mendedahkan perkara itu di media sosial.

Pendedahan berani pelajar berusia 17 tahun itu mencetuskan reaksi hangat netizen, termasuk barisan ahli politik yang mendesak tindakan segera diambil ke atas guru terlibat.

Tangkap layar daripada akaun TikTok Ain Husniza Saiful Nizam.
Tangkap layar daripada akaun TikTok Ain Husniza Saiful Nizam.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dengan lantang meminta pengetua sekolah berkenaan melihat aduan pelajar terbabit dengan serius dan melancarkan siasatan pada kadar segera.

Sekolah jelas beliau, wajar dijadikan sebagai tempat yang selamat untuk pelajar, dan bukan sebaliknya.

Selain Maszlee, pendapat yang sama turut dikongsikan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sepakat dengan pendirian bahawa rogol bukan satu perkara yang harus dijadikan jenaka, kedua-dua pemimpin itu turut menggesa satu siasatan secara telus dan terperinci.

Terbaru, insiden berkenaan turut mendapat perhatian netizen dan golongan selebriti di media sosial yang sebulat suara berdiri di belakang remaja berkenaan.

Ia seolah mencetuskan gelombang baharu apabila tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace trending di Twitter, jauh mengatasi isu lain yang terlebih dahulu dibangkitkan.

Sehingga jam 8.54 malam ini, tanda pagar itu sudah diulang ciap sebanyak 105,000 menjadikan ia topik paling hangat dibincangkan ketika ini.

Aktor prolifik, Bront Palare menerusi ciapan di Twitter turut mengisytihar sokongan ke atas Ain, dengan meletakkan tanda pagar terbabit.

Ia diikuti aktres veteran, Susan Lankester dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Pandelela, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 dan perak Rio 2016 berkata, pelajar tidak seharusnya takut untuk menyuarakan kebenaran demi keselamatan masing-masing.

“Apabila anda boleh #MakeSchoolASaferPlace, masa depan anda di lapangan pekerjaan juga akan menjadi lebih baik,” katanya menerusi satu ciapan.

Ketika rogol boleh dijenakakan, dan ketika mangsa menjadi objek untuk dipersalahkan, kita harus menerima hakikat bahawa nilai kemanusiaan sebenarnya sudah lama terhakis.

Masa sudah terlalu kritikal, untuk semua pihak menyedari bahawa wanita itu dilahirkan bukan untuk disakiti atau dikasari, tetapi dilindungi dan disayangi. - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki