web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Selepas Beli Durian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 11:26AM

PDRM memohon kerjasama mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta jenis Proton Saga di Jalan Central Spine Road menghala ke Bentong, Pahang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.35 pagi apabila mangsa yang juga wanita dan rakan niaganya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas membeli durian di Raub, Pahang.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati terdapat sebuah treler mengalami kerosakan berhenti dan meletakkan kenderaan di tepi bahu jalan di lokasi kejadian. 

“Tidak lama kemudian, kereta dipandu seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun bersama penumpang wanita berusia 76 tahun itu, melanggar belakang sebelah kanan lori treler terbabit.

“Akibat kemalangan tersebut, penumpang kereta parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pemandu kereta terbabit turut parah dan masih dirawat di Hospital Selayang, Selangor.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 

Sementara itu, Zaiham memohon kerjasama mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Saya juga menasihati semua pengguna jalan raya agar memandu berhati-hati dan sentiasa memastikan kenderaan dipandu diselenggara dengan baik,” katanya. – Getaran, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula