web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Poligami Di Selatan Thailand Bukan Disebabkan Lelaki Semata-mata Tapi…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 10:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesukaran memohon kebenaran untuk berpoligami di negara ini perlu diteliti untuk mengenal pasti apakah benar ia menjadi punca kepada pernikahan di selatan Thailand.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, jika benar, ia harus diperjelaskan kepada umum dan adakah urusan tersebut akan dipermudahkan.

Malah katanya, undang-undang berkaitan poligami juga perlu disemak semula bagi mengekang pernikahan di negara jiran daripada terus berleluasa.

“Apakah implikasi perundangan dan hukum syarak perkahwinan di selatan Thailand? Apakah peranan sebenar wali dan apa yang perlu dibuat jika wali tidak bersetuju menikahkan anak waliannya?

“Adakah undang-undang ketika ini sudah mencukupi bagi mengekang perkahwinan poligami di selatan Thailand? Ini antara persoalan yang mesti diketahui orang ramai dan dijawab pihak berwajib dengan jelas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, lelaki yang melangsungkan perkahwinan di Thailand untuk berpoligami tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya oleh pelbagai pihak.

Sebaliknya kata beliau, poligami turut disumbang oleh wanita yang bersetuju dan sanggup dimadukan.

“Berlakunya poligami di selatan Thai itu bukannya disebabkan lelaki semata-mata. Ia juga disumbang oleh wanita yang setuju mengikut lelaki tersebut dan sanggup menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

“Walaupun mungkin ada wanita yang terpedaya menyangka lelaki tersebut belum berkahwin, tetapi dia bersetuju melangsungkan perkahwinan mengikut undang-undang tempatan.

“Poligami seperti ini bukanlah berlaku tatkala lelaki pergi ke selatan Thai dan bernikah dengan seorang wanita yang tidak tahu-menahu tentang pernikahan tersebut. Dalam erti kata lain bukan tiba-tiba sahaja jadi isteri kedua,” katanya.

Justeru, Zainul Rijal berpendapat terdapat keperluan untuk kerajaan memandang serius isu tersebut yang dikhuatiri akan terus berleluasa selagi tiada tindakan drastik dilakukan.

Isu mengenai poligami di Thailand kembali hangat diperkatakan ketika ini susulan pengakuan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, mengenai pernikahannya dengan Ira Kazar di negara jiran, semalam.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Pada masa sama, Syamsul turut mengakui Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.

Pengakuan tersebut menyebabkan anak kepada pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam itu dikecam hebat netizen. - Getaran, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula