web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konstabel Polis Cabul Wanita Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 3:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang konstabel diberkas semalam, setelah disyaki terlibat dengan kesalahan samun dan cabul membabitkan seorang wanita berusia 29 tahun, kelmarin.

Sumber memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lepas ketika mangsa berada dalam keretanya di sebuah tempat letak kenderaan di Jalan Putra, dekat sini.

Katanya, suspek yang berusia 20 tahun dikatakan mendatangi mangsa sebelum mengeluarkan kad menyerupai kad kuasa polis dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman.

"Suspek kemudiannya membuka pintu kenderaan sebelah penumpang dan masuk ke dalam kereta tersebut. Dia kemudiannya mengambil beg bimbit wanita itu lalu mengambil wang tunai berjumlah RM1,500 dari situ.

"Dia juga didakwa memegang dada serta paha wanita itu secara sengaja sebelum turut menyentuh wajah mangsa dan memintanya menjaga diri," katanya.

Tambahnya, susulan itu pihak polis menahan suspek di pekarangan Balai Polis Kepala Batas kira-kira pukul 2.45 pagi semalam.

"Wanita tersebut sempat mengambil video semasa suspek keluar daripada kenderaannya. Selain itu ujian air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Difahamkan suspek masih bujang dan baru bertugas sebagai anggota polis sejak hampir dua tahun lalu

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek, namun enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

"Siasatan masih berjalan mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan dengan suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 29 April depan," katanya. - Getaran, 27 April 2021

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka