web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Orang Asli Maut Dipijak Gajah: PERHILITAN Giat Jalan Operasi Penangkapan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 8:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang giat menjalankan operasi untuk menangkap gajah liar yang mengakibatkan kematian seorang remaja Orang Asli di Kampung Tual, Pos Sinderut, Lipis, Pahang pada 9 Januari lalu.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, hasil cerapan dijalankan pihaknya pada 12 Januari lalu mendapati, gajah itu sudah bergerak dari Pos Betau merentasi Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands, sebelum kembali ke kompleks hutan utama Hutan Simpan Ulu Jelai.

Katanya, menerusi operasi itu yang dirancang diadakan sehingga Khamis ini, pasukan pemantau jabatan terbabit sedang meneruskan pemantauan di sekitar Pos Sinderut, Pos Lenjang, Pos Betau, Pos Pantos dan Kampung Keledek, Lipis.

“Tiada petunjuk atau aduan kehadiran gajah terbaru di lokasi terlibat. PERHILITAN akan meneruskan operasi tangkapan sehingga 19 Januari ini.

“Operasi tangkapan akan ditamatkan seandainya tiada kesan atau aduan kehadiran gajah baharu.

“Namun, kumpulan pemantau masih meneruskan pemantauan situasi pergerakan gajah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang remaja Orang Asli maut akibat dipijak gajah liar ketika berada di kebun durian bersama keluarganya di Kampung Tual Pos Sinderut Pahang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Andy Yok Manin, 15, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada tok batin kampung berkenaan pada kira-kira jam 4.30 petang.

Berdasarkan maklumat diterima PERHILITAN, katanya, serangan gajah itu dipercayai bermula dari Kampung Regang, sebelum haiwan itu bergerak ke kawasan kebun durian Kampung Tual kerana dihalau orang kampung.

Azli berkata, haiwan itu dikatakan masuk ke kawasan kebun durian tempat mangsa berada dan menyerang remaja terbabit.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, pemantauan pergerakan gajah dilakukan pada waktu malam dan awal pagi, manakala penjejakan haiwan itu dijalankan pasukan tangkapan berdasarkan kesan baharu dicerap kumpulan pemantau.

“PERHILITAN Pahang menggerakkan operasi bagi menangkap gajah liar yang dipercayai menyerang mangsa bermula pada 10 Januari lalu.

“Ia dianggotai 16 kakitangan Jabatan Perhilitan Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.

“Kakitangan ini dibahagikan kepada dua kumpulan tangkapan dan satu kumpulan pemantau pergerakan gajah,” katanya.

Sementara itu, Rozidan berkata, PERHILITAN Pahang akan bekerjasama dalam meningkatkan kefahaman dan kesedaran berhubung langkah keselamatan serta usaha mitigasi yang sesuai dijalankan di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.

“Orang ramai juga disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar.

“Sebarang aduan dan maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Pejabat PERHILITAN terdekat atau melalui talian hotline PERHILITAN, 1-800-88-5151 atau menerusi e-aduan di laman web, www.wildlife.gov.my,” katanya. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

3

Gaya 5 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan