web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lantikan Politik: Kerajaan Perlu Cipta Mekanisme Pemilihan Telus, Pilih Calon Berintegriti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2023 8:20PM

Pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan ketika ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan harus mewujudkan mekanisme telus berhubung proses pemilihan bagi pelantikan kepimpinan menerusi badan berkanun, syarikat Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Badlishah Sham Baharin berkata, kriteria pemilihan kepimpinan itu sewajarnya menekankan kepada calon kompeten yang mempunyai kelayakan akademik atau pengalaman bersesuaian dengan kemahiran diperlukan, selain memiliki integriti memenuhi karakter bangsa dimuatkan dalam deklarasi bersama pihaknya.

Menurutnya, pelantikan itu perlu melalui badan, panel atau lembaga tertentu seperti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang ditetapkan kerajaan.

“Badan, panel atau lembaga itu hendaklah dianggotai ahli berpengalaman luas, selain mempunyai pelbagai latar belakang yang relevan sama ada dari sektor awam atau sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kriteria jelas dan spesifik perlu dibangunkan berdasarkan skop, peranan serta tanggungjawab sesuatu tugas kepimpinan, di samping calon dipilih mestilah ‘job-fit’ (bersesuaian pekerjaan) dan ‘strategy-fit’ (bersesuaian strategi), bertepatan dengan keperluan jawatan dicalonkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Badlishah berkata, sekiranya proses pemilihan atau pelantikan pemimpin diinstitusikan dengan telus, calon terbaik dapat dipilih berdasarkan mekanisme dan kriteria ditetapkan.

“Ini sama ada calon tersebut dalam kalangan ahli politik mahupun bukan.

“Apa yang penting adalah calon kepimpinan yang terbaik mestilah dipilih untuk kebaikan negara, khususnya membabitkan jawatan mempunyai kepentingan awam dan melibatkan dana awam,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan semula mantan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan ketika ini.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid turut memaklumkan penangguhan pelantikan Ahmad Jazlan adalah sebahagian daripada penyelarasan kerajaan yang bukan hanya terhad kepada satu jawatan, bahkan lebih meluas membabitkan semua badan berkanun dan GLC.

Mengulas lanjut, Badlishah menyambut baik langkah kerajaan menangguhkan pelantikan tersebut, agar agensi awam mampu memiliki pemimpin berintegriti dan mampu memacu keuntungan supaya ia lebih berdaya maju.

“Kompeten bermaksud mempunyai keupayaan, ilmu dan kemahiran untuk melaksanakan tugas kepimpinan dengan jayanya.  

“Integriti pula merujuk kepada sifat kejujuran dan berpegang kepada prinsip moral yang utuh.

“Lapan karakter bangsa dimuatkan dalam deklarasi bersama IKRAM wajar dijadikan kriteria, selain ciri dalam memilih kepimpinan tersebut, iaitu berkemampuan, berdaya maju, amanah dan berintegriti, kasih sayang, jujur, berkeadilan, utamakan rakyat serta berprinsip,” katanya. - Getaran, 16 Jan 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok