web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 10:42AM

Anwar Ibrahim berkata berkata, semua pihak termasuk wakil kementerian harus menerima hakikat itu dan tidak boleh terus menjalankan kerja dalam keadaan selesa - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pegawai kerajaan supaya tidak terus berada di zon selesa memandangkan hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah RM1.5 trilion.

Beliau berkata, semua pihak termasuk wakil kementerian harus menerima hakikat itu dan tidak boleh terus menjalankan kerja dalam keadaan selesa.

“Beberapa hari lalu, saya ada popularkan budaya selesa seolah-olah semua OK, kami hebat, catat kejayaan baik, projek baik (dan) semua naik.

“Itu kenyataan hambar, bertentangan dengan data, sebab itu kita mulakan dengan memberikan angka sebenar,” katanya pada ucaptama Dialog Belanjawan 2023, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, cabaran sebenar dihadapi negara ketika ini adalah hutang kerajaan yang sudah pun mencecah RM1.2 trilion, tetapi jika ditambah dengan liabiliti berjumlah RM1.5 trilion.

Justeru, beliau mahu semua pihak termasuk usahawan dan pegawai kerajaan untuk tidak terus berada dalam keadaan selesa dengan situasi terkini yang melanda negara.

Antara lain, Anwar juga merancang untuk mempertahankan perbelanjaan kerajaan termasuk menambah baik perolehan ketenteraan di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Saya bincang dengan MINDEF untuk tentukan kaedah pembelian senjata yang lebih profesional. Biar urusan berkenaan (perolehan) ditentukan oleh TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia), TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan Tentera Darat.

“Mereka bertanggungjawab untuk mencari barangan terbaik dan rundingan antara kerajaan tanpa campur tangan daripada politik atau kepentingan mana-mana pihak,” katanya.

Tegas beliau, jika perkara tersebut dapat dilaksanakan, kerajaan mampu mengelakkan ketirisan sebanyak RM4 bilion sehingga RM10 bilion. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Maslan Garis 7 Langkah Tangani Hutang Negara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Diberi Mandat Dengan Hutang Negara Melebihi RM1 Trilion’ - Anwar

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Aidiladha Disambut Meriah Seluruh Negara, Pemimpin Utama Sertai Rakyat Tunai Solat Sunat

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Laung Amaran, Sabah Berpesta Gol Di Likas

Semasa 9 jam yang lalu

Harga Runcit Telur Seluruh Negara Turun 3 Sen Mulai Hari Ini - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Arab Saudi Catat Kehadiran 1.8 Juta Jemaah Haji Seluruh Dunia

oleh Sophia Ahmad