web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaji Semula Pakaian Pramugari, Hentikan Stigma Dan Eksploitasi 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 8:06PM

Pramugari penerbangan EgyptAir telah mula mengenakan pakaian menutup aurat sejak 2012 lagi. - Gambar ihsan airnewstimes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran mengenakan hijab yang dirancang dilaksanakan Malaysia Airlines (MAS) untuk pramugari syarikat penerbangan itu disifatkan mampu menghentikan segala stigma negatif dan eksploitasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, tindakan itu seiring dengan ajaran Islam yang mewajibkan wanita Muslim menutup aurat.

Menurut beliau, perancangan yang bakal membawa kepada kewujudan kod pemakaian patuh syariah untuk pekerja wanita di sektor penerbangan awam dan ia wajar diberi pujian.

“Perkara itu selaras dengan agenda untuk mengangkat martabat wanita dan Islam yang dibawa kerajaan perpaduan. 

“Jika perancangan itu dilaksanakan, MAS bakal menyertai beberapa lagi syarikat yang membenarkan pramugarinya menutup aurat seperti Royal Brunei Airline, EgyptAir dan Air Cairo,” katanya hari ini.

Penggunaan seragam berhijab turut diperkenalkan oleh British Airways baru-baru ini, yang menerima respon positif pelbagai pihak memandangkan Britain bukan sebuah negara Islam.

Semalam beberapa media melaporkan, pelanggan MAS menerima borang kaji selidik yang dihantar syarikat penerbangan tersebut menggunakan emel rasmi, bertujuan meminta pandangan berhubung hasrat membuat pembaharuan ke atas pakaian seragam pramugari. 

Tuan Kamarul berkata, YADIM optimis tinjauan tersebut bakal menerima respon positif daripada rakyat dan sama sekali tidak akan menjejaskan produktiviti MAS sekiranya dilaksanakan.

“Setiap usaha yang membawa manusia kepada pematuhan terhadap syariat Allah SWT akan mendatangkan keberkatan dan kebaikan walau sekecil mana usaha tersebut. 

"Kami yakin produktiviti MAS yang terkenal dengan slogan Malaysian Hospitality Begins With Us tidak akan terjejas hanya kerana pramugarinya menutup aurat,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Kembali Dikritik Peminat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

3

Karier 1 tahun yang lalu

Nur Sabrina Mahu Tarik Lebih Ramai Wanita Ceburi Profesion Pengajar Selam

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok