web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MEF Sangkal Dakwaan Pekerja Asing Bakal Didera, Kenyataan Itu Tidak Wajar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 11:50AM

Presiden MEFberkata, adalah tidak wajar mana-mana pihak beranggapan seperti itu, hanya kerana kelonggaran yang diberikan kerajaan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyangkal kenyataan yang mendakwa pekerja asing bakal didera jika majikan diberi kelonggaran enam bulan untuk mematuhi prasyarat di bawah pelan baharu penggajian pekerja asing.

Dalam satu kenyataan, Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, adalah tidak wajar mana-mana pihak beranggapan seperti itu, hanya kerana kelonggaran yang diberikan kerajaan.

“Kita ada majikan bertaraf dunia sab jenama yang hebat. Kenyataan bahawa majikan akan mendera pekerja hanya kerana kelonggaran diberikan amat tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada golongan pelabur.

“Majikan Malaysia amat bertanggungjawab dan melakukan yang terbaik bagi memastikan aset terbesar mereka iaitu pekerja dilindungi sebaiknya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengilas kenyataan aktivis hak asasi manusia dan Pengarah Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira bahawa kelonggaran selama enam bulan itu membuka peluang untuk pekerja asing dieksploitasi.

“Jika kriteria itu dilonggarkan, kita akan meletakkan semua pekerja tersebut dalam keadaan yang amat berisiko,” katanya.

Syed Hussin memberitahu, sektor perniagaan tempatan sedang berusaha sedaya upaya untuk kembali bangkit pasca pandemik COVID-19, bagi memastikan kebajikan semua pekerja terpelihara.

“Membuat kenyataan secara umum seperti itu tidak akan membantu. Kerajaan, majikan dan kesatuan sedang bekerjasama untuk menjadikan Malaysia lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, majikan yang membawa masuk pekerja asing akan diberi kelonggaran enam bulan untuk mematuhi prasyarat di bawah pelan baharu penggajian pekerja.

Ia bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja yang amat serius pada sebahagian sektor utama ekonomi. - The Vibes, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini