web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Selamat 19 : 1,312 Kemalangan Direkod Hari Ke-6

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 7:20PM

Sebanyak 1,312 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,312 kemalangan dicatatkan di seluruh negara pada hari keenam Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu melihatkan 1,603 kenderaan pelbagai jenis, termasuk sebuah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya, ia menunjukkan kereta mencatatkan 72.36 peratus iaitu sebanyak 1,160 buah, pacuan empat roda (210), motosikal (184) dan lori (19).

“Bas pula mencatatkan lima kemalangan, van (19), teksi (4), manakala basikal dan kereta PDRM masing-masing satu,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sehari sebelum itu, media melaporkan sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan pada hari kelima Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara. 

Beliau berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,724 kenderaan.

Katanya, JSPT menggunakan pendekatan “Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya” dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, selain meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Mat Kasim berkata, inisiatif dilaksanakan itu adalah langkah pencegahan kemalangan jalan raya.

“Ia turut memberi penekanan mengenai keselamatan di jalan raya dan mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang,” katanya - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan