web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peniaga Rugi RM51,806 Termakan Janji Manis Pelaburan Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 2:22PM

Mangsa yang berusia 28 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan dilihatnya pada 13 Disember lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga produk makanan berputih mata selepas mengalami kerugian RM51,806 akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, terdahulu mangsa dijanjikan pulangkan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tiga hari.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuantan, Pahang itu tertarik dengan iklan pelaburan dilihatnya pada 13 Disember lalu.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang, menerima laporan Polis dari Daerah Kuantan berkenaan mangsa terpedaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.

“Hasil perbincangan, wanita itu bersetuju untuk melabur dan sudah membuat lima kali transaksi ke empat akaun berbeza, sehingga mengalami kerugian RM51,806,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, mangsa bertindak melaporkan segera kepada polis selepas merasa dirinya sudah tertipu dengan skim tersebut. 

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Sekiranya ingin membuat pelaburan, semak terlebih dahulu atau mendapatkan maklumat daripada agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Mereka juga boleh melakukan semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya. 

Tambahnya, semakan itu penting sebagai langkah pencegahan daripada menjadi mangsa pelaburan tidak wujud.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan