web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Benarkah Batu Kuari HSBL Diguna Untuk Bina Stadium Shah Alam?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jan 2023 6:52PM

SPRM digesa menyegerakan siasatan menyeluruh berhubung isu salah guna kuasa membabitkan aktiviti kuari di HSBL, termasuk dakwaan hasil batu dari kawasan itu akan digunakan bagi pembinaan Kompleks Stadium Shah Alam. - Gambar Media Massa/Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyegerakan siasatan menyeluruh berhubung isu salah guna kuasa membabitkan aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong (HSBL), Gombak, termasuk dakwaan hasil batu dari kawasan itu akan digunakan bagi pembinaan Kompleks Stadium Shah Alam.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail berkata, siasatan ke atas kerajaan Selangor itu ekoran ia dilihat semakin tamak melakukan salah guna kuasa mengenai aktiviti terbabit.

Menurutnya, berdasarkan laporan media sebelum ini, sebuah syarikat, iaitu Genius Force Sdn Bhd yang memiliki Paid-up Capital (modal berbayar) berjumlah RM100 diberikan sebidang tanah seluas 100 ekar untuk pembukaan kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong.

“Genius Force adalah milik penuh syarikat Blueprint Projects Sdn Bhd yang 70 peratus kepentingannya dimiliki Raja Muda Selangor dan sumber kami memaklumkan, Blueprint Projects Sdn Bhd adalah kontraktor utama kepada projek stadium itu.

“Syarikat itu juga terlibat dalam pembinaan hotel, pusat komersial dan fasiliti lain sekitar lokaliti kompleks stadium, seperti paparan video reka bentuk baharu Stadium Shah Alam.

“Adakah batu dari kuari Hutan Simpan Bukit Lagong berakhir di tapak binaan Kompleks Stadium Shah Alam? Kita dimaklumkan bahawa Menteri Besar Incorporated (MBI) dan pemaju projek, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) akan memulakan kerja perobohan dan bina semula Kompleks Stadium Shah Alam baharu yang dijadualkan awal tahun ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Abdul Razak yang juga mantan Setiausaha Otai Reformis 1998 berkata, pihaknya curiga bagaimana sebuah projek mega seperti itu, hanya menelan belanja tidak besar, iaitu berjumlah RM787 juta.

“Adakah disebabkan ‘swap tanah’ untuk ‘off-set’ pembinaan hotel dan pusat komersial di dalam kompleks Stadium tersebut atau pemaju projek mendapat harga batu murah dari beberapa konsesi kuari, seperti dari Genius Force, MBI, Koperasi Jabatan Hutan Selangor (KOJAHUS),” soalnya.

Jelasnya, kesemua syarikat itu sudah dianugerahkan plot kuari seluas 100 ekar oleh Kerajaan Selangor.

“PHM menggesa SPRM segera merungkai isu ini kerana kita tidak mahu HSBL seluas 2,192 ekar ‘dikorbankan’ demi kepentingan perniagaan dan komersial beberapa pihak,” katanya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan gesaan Abdul Razak agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar ‘berganding tangan’ bagi ‘mengheret’ kerajaan Selangor ke muka pengadilan, jika pemimpinnya masih mengunci mulut berhubung projek itu.

Katanya, ia perlu dilaksanakan agar perintah injuksi dapat dikeluarkan mahkamah dan menghalang projek kuari terbabit yang merosakkan ekosistem alam sekitar.

Beliau berkata, tindakan itu mampu menghentikan ‘kerakusan tangan manusia’ seperti dijalankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah, sehingga menyaksikan mahkamah mengeluarkan injuksi sementara bagi menghalang kerja tanah di kawasan tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, dengan kos pembangunan semula Stadium Shah Alam yang menelan belanja sehingga RM787 juta, kompleks baharu stadium keramat itu dijangka lebih baik dari Stadium Anfield, Liverpool. -  Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula