web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Rentung: Saksi Dengar Bunyi Letupan, Kaca Pecah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Feb 2023 5:03PM

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saksi kes kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara di Petaling Jaya, Selangor malam tadi yang meragut nyawa seorang lelaki, mendakwa terdengar bunyi letupan kuat dan bunyi kaca pecah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, saksi terbabit cuba masuk ke dalam rumah mangsa, namun gagal kerana api marak.

Menurutnya, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima makluman kejadian itu daripada MERS 999 pada jam 9.12 malam.  

“Kebakaran berlaku di sebuah unit pangsapuri di tingkat 21.

“Mangsa dalam lingkungan 30-an itu ditemukan rentung dalam keadaan tertiarap berdekatan pintu masuk rumah, dipercayai terbakar ketika cuba menyelamatkan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  

Mohamad Fakhrudin berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhadapan kesukaran memadamkan kebakaran pada awalnya kerana masalah tekanan air rendah.  

“Sejurus api dipadamkan, pemeriksaan dalam rumah mendapati hampir 90 peratus terbakar.

“Pasukan forensik dari Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras mengambil dua sampel, iaitu cebisan baju dan kulit mayat bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Sarjan Ahmad Sabran Abdullah di talian 010-5585040 bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki ditemukan rentung di sebuah unit pangsapuri.

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.13 malam.

Seramai 25 anggota dan pegawai serta lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Kota Anggerik, BBP Sungai Buloh, BBP Seksyen 7 dan BBP Puchong bergegas ke lokasi kejadian. - Getaran, 1 Febuari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan