web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Brek Mengejut Punca Treler Terbabas, Pemandu Maut Tersepit

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 11:08AM

Mangsa didapati membrek mengejut kerana terdapat sebuah kereta dihadapannya, menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu terbabas melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan - Gambar ihsan JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan yang dipandu terbabas di KM371.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mangsa disahkan sebagai Mohd Nor Afzam, 36, dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang maut di tempat kejadian.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11 malam dan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kajang, Selangor.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa didapati membrek mengejut kerana terdapat sebuah kereta dihadapannya, menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu terbabas melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan.

“Akibat kemalangan ini mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mohd Hasni berkata, kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Treler yang membawa muatan minyak hitam dan diesel itu terbabas di pembahagi jalan dan terbalik menyebabkan pemandu seorang lelaki tersepit.

“Ketua operasi mengarahkan anggota menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang maut dalam kejadian tersebut,” katanya. 

Tambahnya, operasi menyelamat turut dibantu oleh dua unit kren bagi tujuan mengalih kepala lori dan treler sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.10 pagi tadi.

“Kejadian kemalangan tersebut juga menyebabkan trafik sesak sehingga tujuh kilometer (km) arah selatan dan tiga km arah utara,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula