web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serbuan Pekerja Asing Di Nilai: Operasi,Tindakan Imigresen Ikut Undang-Undang 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 1:52PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan dikuatkuasakan negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, justeru operasi dilaksanakan pihak penguatkuasaan ke atas warga asing akan berlandaskan perkara berkenaan. 

“Ia termasuk keperluan untuk memiliki dokumen perjalanan sah, mematuhi tempoh keberadaan dibenarkan dan pematuhan kepada syarat pas dikeluarkan.

“Kita akan sentiasa memastikan perkara ini dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan elemen keselamatan dan kedaulatan negara, tidak terancam serta kita tidak kompromi,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia/Komnas HAM) mengecam serbuan Imigresen ke atas pekerja asing di Nilai Spring, Negeri Sembilan pada 1 Februari lalu.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya mendapati seramai 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan itu tidak berniat untuk pulang ke negara asal, sebaliknya ingin terus berada di sini dalam tempoh panjang walaupun tanpa dokumen sah.

Menurutnya, ia dinilai berdasarkan penempatan tersebut adalah sebuah perkampungan yang sudah lama wujud di dalam hutan, selain berada di kawasan tidak rata dan berpaya.

“Akses ke kawasan tersebut dengan berjalan kaki sejauh 1.2 kilometer (km), dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar serta mempunyai pelbagai kemudahan, seperti beberapa unit genset dan sekolah yang menggunakan silibus pendidikan negara jiran,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, operasi dijalankan Imigresen juga adalah teratur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Operasi penguatkuasaan ini tidak terkait dengan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) yang bermula pada 27 Januari lalu.

“RTK 2.0 ini antara lain bertujuan memastikan warga asing yang berada dan bekerja dalam negara secara tidak sah, diregularisasi untuk bekerja secara sah,” katanya.

Jelasnya, operasi penguatkuasaan di kawasan itu dilaksanakan selepas mendapat aduan daripada orang awam yang bimbang akan keselamatan penduduk setempat.

Penguatkuasaan itu juga, tugasnya, dijalankan menerusi hasil risikan Imigresen selama sebulan.

Ujarnya, seramai 68 warga Indonesia diperiksa dan seramai 67 orang yang berusia antara dua bulan hingga 72 tahun, terdiri daripada 11 lelaki, 20 wanita serta kanak-kanak, masing-masing 20 lelaki dan 16 perempuan ditahan.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

“Terdapat cubaan daripada beberapa PATI untuk meloloskan diri daripada ditahan, malah ada cuba bertindak agresif bagi mengelak daripada ditangkap, namun dipatahkan pasukan operasi Imigresen,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, Imigresen turut menjumpai beberapa senjata tajam, seperti lembing dan parang.

Tegasnya, kesemua tahanan itu ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Berkenaan aspek kebajikan tahanan di depot tahanan itu, jelasnya, Imigresen sentiasa komited memastikan kesemua aspek kebajikan tahanan sentiasa terjaga dengan mematuhi piawaian ditetapkan, termasuk kebajikan kepada tahanan wanita dan kanak-kanak.

“Kita sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal, dilaksanakan segera,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula