web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SIS Sengaja Cipta Isu, Khitan Cara Islam Selamat - Mufti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 4:07PM

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata mengikut ajaran Islam, berkhitan termasuk dalam satu daripada lima sunat fitrah selari dengan keadaan hal semula jadi manusia yang suci. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyelar dakwaan Sisters in Islam (SIS) bahawa berkhatan cara Islam untuk perempuan atau ‘berkhitan’ akan memberi risiko segera terhadap kesihatan dan memudaratkan individu. 

Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, disifatkan sebagai cubaan mencipta isu mengenai fatwa berkhitan bagi wanita Islam di negara ini.

Menurutnya, mengikut ajaran Islam, berkhitan termasuk dalam satu daripada lima sunat fitrah selari dengan keadaan hal semula jadi manusia yang suci.

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

“Antara sunat itu adalah mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan khatan.

“Khitan yang memudaratkan dikenali sebagai khitan Firaun. iaitu membuang daging klitoris dengan kuantiti banyak atau sebahagian besar daripadanya. Berkhitan sedemikian tidak diakur syariat Islam. 

“Apa SIS heboh-heboh itu bukan masalah pun, itu dipanggil ‘theodo problem’, yakni masalah yang sengaja diada-adakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Salim berkata, berkhitan cara Islam tidak boleh dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak kaum wanita kerana ia terbukti selamat dan dipraktikkan masyarakat Islam di pelbagai negara sejak dahulu hingga kini.

“Majoriti fuqhak berpandangan bahawa hukum berkhatan adalah wajib ke atas lelaki dan sunat bagi wanita. Memang tidak ditemui nas daripada Al-Quran atau hadis yang memerintahkan khitan ke atas wanita dewasa atau kanak-kanak.

“Bagaimanapun, terdapat sebuah hadis riwayat Thabarani dan Baihaqi yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menunjuk ajar Ummu ‘Athiyyah yang bertugas mengkhitan kanak-kanak perempuan di Madinah mengenai cara melakukan khitan betul, iaitu dengan mengambil sedikit sahaja daging klitoris dan tidak berlebih-lebihan,” katanya. 

Terdahulu, SIS menggesa kerajaan mengarahkan semakan ke atas fatwa pada 2009 mengenai berkhitan bagi perempuan.

SIS berkata, negara Islam lain, termasuk Mesir dan Indonesia sudah mengeluarkan fatwa mengatakan mutilasi alat kelamin perempuan memudaratkan wanita serta kanak-kanak perempuan.

NGO itu memaklumkan, tiada dapatan kukuh dan sahih Al-Quran atau sunnah bagi amalan sedemikian, selain mengakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Muzakarah menjadi cabaran utama dalam usaha menghapuskan amalan terbabit.

Dalam pada itu, Wan Salim menegaskan berkhitan perlu dilakukan individu mahir dan dengan cermat supaya tidak memudaratkan individu.

Jelasnya, dikatakan bahawa khitan yang sedikit seperti disarankan dalam Islam, mampu mensederhanakan syahwat wanita dan menjadikannya tidak terlalu mudah terangsang.

“Apa ditakuti kalangan tertentu yang menganggap berkhitan memudaratkan wanita, sebenarnya bukan khitan seperti disarankan dalam Islam. 

“Sebaliknya khitan cara Firaun yang kemungkinan masih dipraktik di beberapa negara tertentu, terutamanya di Afrika. Ia tidak dipraktikkan di Malaysia, jangan kita generalisasikan,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan